Total Pageviews

Ho Chi Minh City, Vietnam - Day 6

Khamis - 26.12.2013
Trip ke Saigon

Hari keenam hari terakhir di Ho Chi Minh, lepas sarapan dihotel aku kuar ronda-ronda tengok suasana pagi di kawasan sekitar sambil mengambil foto-foto. Banyak masa lagi, flight aku pukul 3.25 petang.

Cinonit je bangunan hotel ni...


Hotel A & EM yang aku menginap...


Baju tradisional Vietnam



Pukul 1.00 tengahari check out dari hotel. Disebabkan kitaorang tidak puas hati dengan perkhidmatan semasa Mekong River Tour tempohari, jadi pihak hotel minta maaf dan segala kos pengangkutan van dari hotel ke airport di tanggung sepenuhnya oleh mereka. Alhamdulillah...jimat duit kitaorang.

Sampai airport terus check in dan boarding flight Vietnam Airlines jam 3.50 petang. Alhamdulillah selamat sampai di KLIA pada jam 6.25 petang waktu Malaysia.




Ho Chi Minh City, Vietnam - Day 5

Rabu - 25.12.2013
Trip Ke Saigon : Saigon SkyDeck

Hari kelima buat aktiviti masing-masing. Wife aku plan nak gi shopping kain dan telekung kat area Ben Thanh Market. Macam biasa sarapan dulu dihotel, roti dan telur. Itu je sarapan pagi yang rasa yakin untuk di makan dihotel ini. Dari hotel nak pegi Ben Thanh Market sangat lah dekat, tapi hari ini aku rasa nak ikut jalan lain pula untuk ke sana. Sambil jalan tu ternampak satu lagi restoran halal The Daun Restaurant.


Sampai kat area Ben Thanh Market, beli souvenir dan fridge magnet. Wife aku pula tak jumpa kain dan telekung yang dia perkenan kat sini. Jadi kitaorang pegi ke jalan yang banyak terdapat restoran halal tu. Kat situ banyak juga kedai kain dan telekung. Ada yang dia perkenan kat situ, jadi dapatlah beberapa pasang kain dan telekung dia beli kat situ. Kalau tak silap nama kedai tu Jamilah Collection Wholesale, Retail & Processing. Urusniaga disini mereka boleh menerima duit Ringgit Malaysia. Jadi kalau tak cukup duit Dong Vietnam, boleh lah bayar guna duit RM je. Satu lagi yang mudah mereka boleh bertutur bahasa melayu, jadi mudah untuk berkomunikasi. Harga telekung bersulam bagi aku sangat murah berbanding di Malaysia, sangat berbaloi. Sebab kawasan ini ramai pelancong Malaysia yang datang, jadi mereka gelarkan sebagai 'Malaysian Street'.

Pintu utama Ben Thanh Market




Selesai shopping kitaorang balik semula ke hotel untuk hantar semua barang-barang tadi. Lepas tu kuar sambung lagi ronda-ronda kat bandar Ho Chi Minh ini. Kitaorang cadang nak pegi Saigon SkyDeck. Sebelum ke Saigon SkyDeck kitaorang naiklah bot untuk melihat suasana persisiran sungai bandar Ho Chi Minh. Harga kalau tak silap 100,000 VND satu bot. Menyusuri sungai dalam lebih kurang 30 minit, tapi takde apa yang menarik sangat untuk dilihat. Biasa-biasa saje.




Selesai naik bot, lepas tu kitaorang pegi ke Saigon SkyDeck untuk melihat keseluruhan bandar Ho Chi Minh ini. Harga tiket 200,000 VND seorang. Saigon SkyDeck ini juga dikenali sebagai Bitexco Financial Tower. Dek pemerhatian berada di tingkat 49 bangunan ini. Ianya merupakan bangunan tertinggi di bandar Ho Chi Minh ini dengan ketinggian 262 meter dan ke-5 tertinggi di dunia. 








KLCC bangunan ke-9 tertinggi di dunia


Kedai cenderahati yang terdapat diatas skydeck ini

Lama gak kitaorang kat atas ni dari petang sampai malam. Perut dah lapar apa lagi pegi lah cari semula The Daun Restaurant yang kitaorang jumpa pagi tadi. Makan malam di sini, harga boleh tahan tapi makanan sedap. 



Lepas makan kitaorang ronda-ronda sekitar kawasan District 1. Tengok dan mengambil foto suasana malam di bandar Ho Chi Minh ini. Bersebelahan Ben Thanh Market juga ada bazaar malam. 







Satu lagi yang anda harus cuba iaitu kopi Vietnam. Memang terbaik rasa kopi ini. Bila anda ronda-ronda waktu malam di bazaar bersebelahan Ben Thanh Market ini, ramai penjual berbasikal berbaju merah menjual kopi ini. Kopi ini halal diberi nama Lam Hang Coffee. Kopi ini satu cup derang jual 20,000 VND. Bila minum kopi ais ni rasa macam nak lagi je, boleh dikatakan kerap jugak kitaorang beli kopi ni kalau ronda malam-malam kat area District 1 ini. 


Vietnam Coffee...memang sedap...

Pelbagai jenis kopi yang dijual di Ben Thanh Market

Malam ini malam terakhir di Ho Chi Minh, jadi aku sempat lah lagi bershopping beli jersi-jersi yang murah di sini. Esok hari keenam, hari terakhir di Ho Chi Minh.

Ho Chi Minh City, Vietnam - Day 4

Selasa - 24.12.2013
Trip Ke Saigon : Mekong River Tour, Water Puppet Show

Aktiviti kami hari keempat adalah ke Mekong Delta River Tour. Kami minta pihak hotel uruskan tour ini dengan harga 260,000 VND seorang. Tour ini mengambil masa 8 jam. Pukul 8.00 pagi bas sudah tiba di hotel dan ambil kitaorang. Dalam bas ada ramai lagi pelancong lain yang join sekali tour ini.


RnR Mekong


Tour Guide sedang beri penerangan

Asal nama sungai Mekong dari bahasa etnik Tai iaitu Mae Nam Khong. Mae Khong bermaksud Sungai Khong, induk kepada segala sungai. Mekong adalah sungai trans-sempadan di Asia Tenggara. Ia adalah sungai ke-12 terpanjang di dunia dan ke-7 terpanjang di Asia. Panjangnya dianggarkan 4,350 km. Di Vietnam, keseluruhan rakyatnya memanggil dengan nama Sungai Me Kong. Ia berkait dengan cerita 'sembilan kepala naga'. Lebih 90 juta penduduk bergantung hidup pada Sungai Mekong terutama sekali para petani. Lebih 140,000 km persegi sawah ditanam di lembangan Sungai Mekong. Mekong Delta River Tour ini merupakan salah satu aktiviti yang wajib anda lakukan jika datang Ho Chi Minh ini. 

Jeti untuk Mekong Delta River Tour



Bot-bot yang disediakan utk Mekong River Tour

Di kawasan Mekong River ini terdapat beberapa pulau-pulau kecil. Untuk tour ini kitaorang akan dibawa melawat ke pulau-pulau tersebut. Setiap pulau ada tarikannya tersendiri. Tempat pertama dikunjungi adalah Hoa Nhan iaitu tempat pembiakan lebah madu. Sampai di sana kita akan diberi untuk mencuba kerepek dan minuman berasaskan madu lebah. Kita juga boleh mencuba pegang sarang lebah madu itu. 




Awek vietnam tengah siapkan minuman campuran madu lebah

Destinasi seterusnya kitaorang akan dibawa ke satu kawasan untuk menikmati buah-buahan tempatan sambil dihiburkan oleh gadis-gadis vietnam. Yeke...gadis? ada nampak macam makcik pun ada....hehe.


Makcik-makcik sedang menghiburkan kami

Selepas selesai makan buah, kitaorang dibawa ke belakang kawasan tersebut. Kenapa ye?? Rupa-rupanya ini merupakan laluan untuk ke jeti kecil untuk naik sampan dan menyusuri sungai kecil ala-ala paya bakau. Satu pengalaman yang menarik.








Seterusnya sampan tadi akan bawa kitaorang semula ke bot. Destinasi seterusnya kitaorang dibawa ke Diem Tham Quan iaitu kawasan pembuatan gula kelapa (coconut candy) dalam bahasa vietnam derang panggil Que Dua. Disini kita akan diberi untuk mencuba rasa gula-gula tersebut dan melihat proses pembuatannya. Aku ada lah beli 3 paket gula-gula kelapa ini sebagai ole-ole untuk di bawa balik ke Malaysia.

Kilang pembuatan 'Coconut Candy'




Minyak ular tedung dan kala jengking pun ada jual kat sini...

Seterusnya kami dibawa ke sebuah restoran di salah sebuah pulau tersebut untuk makan tengahari. Amat menyedihkan makanan tengahari yang disediakan sangat-sangat menyakitkan hati. Sepatutnya kenalah sediakan makanan tengahari yang bersesuaian dengan harga pakej untuk pelancong beragama islam. Tour ini dikendalikan oleh syarikat Kim Travelco.Ltd. Dah perut kebulur, makan je lah apa yang derang bagi.

Makanan tengahari Mekong Tour kitaorang...hampeh

Di kawasan restoran ini ada disediakan basikal untuk pelancong guna. Memandangkan masih ada masa lagi di sini, jadi aku, wife dan anak buah aku ambil basikal tu pegi lah ronda-ronda kejap di sekitar kampung di sini. Tour ini tamat pada pukul 4.00 petang. Sampai di hotel apa lagi kakak aku komplen lah kat pihak hotel pasal kes makanan tengahari tadi.

Aktiviti kitaorang lepas ini nak pegi tengok Water Puppet Show. Tempat ini diberi nama Golden Dragon Water Puppet Theatre dan berada di kawasan Nguyen Thi Minh Khai Street, Ben Thanh Ward, District 1. Pertunjukkan akan bermula pukul 5.00 sampai 6.30 petang. Harga tiket 50,000 VND seorang. Kitaorang pegi sini jalan kaki je dari hotel, tak berapa jauh sangat pun.

Boneka air (Vietnam: MÆ°a nÆ°á»›c, makna kasar: "boneka yang menari di atas air") adalah satu tradisi yang bermula sejak sejauh abad ke-11 apabila ia berasal di kampung-kampung kawasan Delta Sungai Merah di utara Vietnam. Vietnam boneka air hari ini adalah variasi yang unik pada tradisi boneka Asia purba. Boneka yang diperbuat dari kayu dan dicat. Pertunjukan dilakukan dalam kolam air setinggi pinggang. Sebuah batang besar mendukung wayang dalam air dan digunakan oleh tok dalang yang bersembunyi di sebalik layar untuk mengendalikan mereka. Jadi boneka-boneka nampak bergerak diatas air.







Mereka-mereka yang kendalikan Water Puppet Show

Lepas habis tengok puppet show, kitaorang pegi lah ronda-ronda kat kawasan District 1 ini. Takde apa sangat untuk dilihat, badan pun dah letih balik je lah ke hotel. Aktiviti hari keempat dah setel dan kita tengok apa aktiviti aku pada hari kelima pulak.