Total Pageviews

Pulau Sipadan, Sabah - Day 1


Selasa - 03.06.2014


Hari yang aku tunggu akhirnya tiba. Inilah percutian yang paling aku dan wife tunggu-tunggu. Sipadan..! Here i come..! Hehe...

Pukul 5.15 pagi kawan aku datang ambik dan hantar ke KLIA 2. Kawan aku tak berapa pandai jalan nak ke KLIA 2 dari rumah aku. 

Sembang punya sembang, boleh pulak salah masuk lorong ke highway balik ke KL. Nak u-turn tak boleh. Tau je lah kalau dah masuk highway jauh la nak kena u-turn. Last-last dapat u-turn kat exit nak masuk Putra Perdana. Bayangkan berapa jauh. Nak sampai ke rumah aku balik dah.

Tapi Alhamdulillah, nasib baik sempat gak sampai KLIA 2 lebih kurang pukul 6.00 pagi. Flight aku pukul 7.00 pagi. Sampai terus check-in. Sekejap je urusan check-in sebab aku dah check-in online sebelum bertolak dari rumah malam tadi. Settle checked-in terus pegi solat subuh dan terus boarding. First time kat KLIA 2, mak ai...besar betul. Nak pegi pintu gate boarding punyalah jauh. Aku rasa lebih kurang 20 minit berjalan kaki lah. Sampai gate memang ngam-ngam. Aku breakfast kat dalam flight je. Order kat situ gak. Tak order online pun.

 Sementara tunggu nak berlepas

View di awan biru

Breakfast. Nasi lemak Pak Naseer dan milo panas. Sedap!

Alhamdulillah flight semua ikut schedule. Perjalanan ambil masa lebih kurang 3 jam. So, aku selamat sampai ke airport Tawau pukul 10.00 pagi. 

Di Tawau Airport

Aku booked package ni melalui www.cuti.com.my. Jadi semua dah di arrange kan oleh pihak travel agent. Sampai airport dah ada van menunggu. Naik van pastu terus ke Semporna Jeti. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kitorang banyak tido je sepanjang perjalanan sebab mengantuk. Al-maklumlah, flight awal pagi kan.

Sampai di Jeti Semporna terus naik bot ke Sipadan. Lebih kurang 45 minit perjalanan. Sepanjang perjalanan kami menikmati permandangan lautan yang luas terbentang.

Jeti Semporna

Perkampungan bersebelahan Jeti Semporna

Lebih kurang dalam pukul 1.00 petang aku sampai kat Pulau Sipadan. Terus terpukau dengan keindahan pemandangan sekeliling. Dah tak sabar dan excited nak snorkeling dan mandi manda. Memang cantik sangat-sangat. Macam biasalah..sibuklah bergambar dulu. Tak sabar nak tengok bilik dan view dari bilik. Semua dah tak sabar. Check-in. Pastu dorang suruh kitaorang terus pegi Cafe untuk lunch. 

Lupa pulak nak bagitau yang aku menginap di Sipadan Water Village. Ada beberapa pakej. Aku ambik pakej yang harga satu kepala RM 1,232 untuk 3H2M termasuk airport transfer, speed boat dari jeti return, makan minum selama penginapan dan 2 trip snorkeling termasuk equipment. Tak termasuk flight ticket ye. Flight ticket aku beli masa AirAsia buat sales free seat konon-kononnya. Aku dapat RM 350.00 return untuk 2 orang.

Entrance Pulau Sipadan

Reception. Awek Sabah muda-muda dan cun sedang menanti ketibaan aku

Cafeteria. Kat sinilah tempat breakfast, lunch dan juga dinner.

Lepas lunch, bilik aku pun dah siap sedia, kitaorang terus masuk bilik. Masuk-masuk bilik terus terpegun dengan view lautan yang sangat cantik dari bilik. Bilik pn cantik dan luas. Aku sangat-sangat berpuas hati. 

Ambik-ambik gambar semua. Dalam bilik, luar bilik. Lepas solat zohor aku kena bersiap-siap untuk sesi snorkeling di Mabul.

Kunci bilik

Nombor bilik aku

Katil tempat beradu

Ruang tamu tempat lepak mengadap laut

Balkoni dengan pemandangan lautan biru yang luas. Memang syok ooo lepak sini sambil layan blues

View dari jendela kamar ku. Nampak macam duduk kat tengah laut dalam kan.

Pukul 3.00 petang berkumpul di snorkeling centre. Cukup korum naik bot then bertolak ke lokasi. Sekali tak sampai 5 minit perjalanan dah sampai. Erk! kat resort Mabul sebelah ni je rupanya port snorkeling. Tak sempat nak panas bontot. Aku ingat jauhlah portnya. Rupanya dekat sejengkal je.

Ok gak lah snorkeling kat situ. Nampak penyu besar. Cuma agak dalam. Laut dalam kat sebelah je. Boleh nampak dengan jelas beza laut dalam dan cetek masa snorkeling tu. Wife aku dah cuak sikit. Ada guide bawak kitaorang kejar nemo dan penyu. Memang best gile la. Gile pun tak best mcm ni...hehe..

Menuju ke tempat snorkeling

Ni tempat snorkeling. Depan chalet bungalow Mabul Resort. 
Chalet kat sini memang cantik.

Lebih kurang dalam satu jam snorkeling pastu balik ke resort. Minum petang yang disediakan oleh pihak resort. Pastu kitorang sambung snorkeling depan resort. Secara jujurnya, snorkeling kat depan resort ni pun dah jauh lagi cantik. Coral-coral sangat cantik dan berwarna warni. Ikan-ikan pun banyak. Yang paling aku suka sekali ikan nemo pun banyak kat sini. 

Dah dekat nak senja aku dan wife naik. Nak mandi dan siap-siap makan. 


 View sekitar resort

View dari snorkeling centre

View dari snorkeling centre gak 

View sekitar resort

Sebelum pegi makan nak menikmati sunset dulu. Aktiviti wajib bila bercuti di pulau atau pantai. Sunset di Sipadan biasa-biasa je. Mungkin sebab bukan lokasi matahari terbenam.

Sunset

View waktu senja

Melayari senja nan merah walaupun tak berapa nak merah

Lepas maghrib pegi dinner. Pastu takde aktiviti lain. Cuma jalan-jalan sekitar resort dan bergambar. Pastu balik bilik lepak-lepak di beranda dengan angin laut memang pengalaman yang sangat indah. Superb! Dengan bintang-bintang dilangit. Bunyi ikan berlompat-lompat. Tenang, damai dan nyaman sangat. Sangat menenangkan. Relaks. Last-last aku tertido di beranda.

View Cafe dari Reception di waktu malam

Makan malam wife aku. Makanan variety simple tapi sedap. 

Tamat untuk hari pertama. Jom tengok aktiviti aku pada hari kedua pulak.... 


No comments:

Post a Comment