Total Pageviews

South Korea - Day 8


Sabtu- 31.01.2015

Winter Holiday : Seoul


Hari ke 8 merupakan hari terakhir berada di Korea. Rindu Malaysia tapi aku rasa berat hati nak pulang. Rasa nak stay lama lagi kat sini. Dah jatuh cinta dengan Korea. 

Kitorang bangun lebih kurang pukul 5.30 pagi sebab nak kemas beg pakaian yang masih belum berkemas lagi. Selesai mengemas, breakfast apa yang ada untuk alas perut. 

Pukul 7.30 pagi aku check out dan terus gerak daripada hotel menuju ke airport. Kena sampai di airport selewat-lewatnya pukul 9.30 pagi sebab flight pukul 11.30 pagi.

Macam biasa aku naik subway dari Sindap Station line 2 (hijau) ke Sinseol-dong Station dan transfer subway line 1 (biru) untuk ke Seoul Station. Sampai di Seoul Station aku naik AREX (Airport Railway) untuk ke Incheon International Airport Station dengan harga 3,950 won seorang. Lebih kurang pukul 9.30 pagi sampai di airport. 

Di airport terus settle kan hal-hal check in dan pegi ke tempat menunggu. Sambil tunggu masa nak berlepas sambil tunggu family kakak aku sampai. Kali ni kitorang balik naik flight yang sama.


Tunggu dan tunggu sambil tengok-tengok sekeliling masih tak muncul juga family kakak aku. Masih tak nampak bayang dorang lagi. Tertanya-tanya sesama sendiri, tak sampai lagi ke dorang ni. Sampailah masa dah dekat nak boarding pun masih tak nampak lagi kelibat dorang.

Kitorang masuk dulu dalam flight sambil tunggu dorang masih tak nampak juga. Bila flight dah hampir nak gerak baru lah dorang masuk. Aku tanya kenapa lambat? Dorang kata kena tahan immigration sebab tak boleh bawak masuk cecair. Rupanya anak buah aku bawah masuk kastam lotion yang melebihi had. Dia pulak asyik merayu nak cuba juga bawak masuk. Tu yang kena masuk bilik kastam.


Flight berlepas dengan baik. Kali ni flight Vietnam Airlines akan transit di Hanoi dulu dalam masa sejam lebih lepas tu baru bertolak ke KLIA. 



Alhamdulillah selamat tiba di KLIA pada pukul 8.00 malam waktu Malaysia. InsyaAllah jika ada rezeki aku akan ke Korea semula. Mungkin lepas ini datang pada musim luruh (autumn) pulak dan teroka bahagian lain dan attraction lain yang aku tak sempat cover di Korea.

Kesimpulan 

Pada aku Korea memang sangat best untuk dikunjungi. Negaranya nampak lebih moden dari segi teknologi. Pengangkutannya juga menggunakan teknologi moden. Orang-orangnya juga nampak baik belaka. Akan membantu kita sehabis baik. 

Dari segi bahasa memang mereka lebih mengagungkan bahasa ibunda mereka. Agak sukar juga berkomunikasi di sana. Kerana kebanyakkan daripada mereka tidak fasih berbahasa inggeris. Tapi anak-anak muda mereka ada sebahagiannya yang sudah boleh berbahasa ingggeris walaupun hanya basic saja.

Bagi sesiapa yang nak melancong ke Korea tanpa menggunakan khidmat tour guide, jangan risau atau takut. InsyaAllah mudah saje. Yang penting rajin buat research. Pengangkutan ke tempat-tempat menarik sangat mudah dan menepati masa. 

Dari segi makan, bergantung kepada tekak masing-masing. Kalau jenis tekak international memang senang. Kalau tekak melayu, lebih baik bawak makanan seperti sambal ikan bilis atau makanan instant berahim. Nasi boleh beli di convenient store. Untuk makanan halal boleh survey siap-siap. So senang nak cari nanti. Di Itaewon paling mudah nak cari makanan halal.

Untuk pakaian pula, kebetulan masa aku datang adalah musim sejuk (winter) so, aku pakai sekurang-kurangnya 3 lapis baju. Long john, sweater dan winter jacket. Tak lupa juga winter boat, glove dan juga mafla (muffler). Waktu winter cuaca dorang memang sejuk gile. Kalau waktu berangin lagi bertambah sejuk. So kena siapkan diri dari segi mental dan fizikal dengan keadaan cuaca yang amat sejuk ini. 

Kena pastikan minum air banyak. Jangan lupa sapu losen dan lip balm untuk elakkan kekeringan. Boleh standby heat pad. Kalau waktu tengah berjalan-jalan tu, dah tak tahan kesejukan boleh gunakan head pad sebagai pemanas. Kalau terlampau sejuk boleh gunakan mask untuk tutup sebahagian muka. Macam wife aku sampai merah hidungnya rasa macam nak frost sebab terlampau sejuk. So dia pakai mask dan tutup dengan mafla. Macam ninja pun ada. Tapi itukan pengalaman.

Korea merupakan negara empat musim. Bila waktu sesuai melancong ke Korea? Ini terpulang kepada individu itu sendiri. Apa yang korang nak? Kalau nak rasa salji datanglah waktu winter. Kalau nak tengok daun berwarna warni datanglah waktu autumn dan kalau nak tengok bunga-bunga datanglah musim spring. Musim panas, hmmm pada aku sama je dengan Malaysia yang panas sepanjang tahun. Tapi Malaysia panas lembab. Korea panas kering. So, pikirlah sendiri.

Ramai yang kata musim paling cantik ialah musim luruh (autumn) dan juga musim bunga (spring).

Musim di Korea seperti berikut :-

  1. December to February - Winter (musim sejuk)
  2. March to May - Spring (musim bunga)
  3. Jun to August - Summer (musim panas)
  4. September to November - Autumn (musim luruh)
Dari pengalaman aku salji lebih tebal di kawasan pendalaman pada bulan Januari. 

Musim bunga pula berbeza dari satu tempat dengan tempat yang lain. Seperti contoh, di Jeju bunga sakura keluar pada pertengahan bulan March, di Busan awal bulan April manakala di Seoul pertengahan April.

Musim luruh pulak, waktu yang terbaik adalah penghujung bulan Oktober dan awal November. Kalau datang awal, nampak daun tu hijau saje. Kalau lewat November pulak pokok-pokok dah tonggel sebab semua daun dah pun gugur.

Rasa itu saja kesimpulan yang boleh aku buat setakat ini. Kalau ada penambahan, aku akan update semula.


South Korea - Day 7


Jumaat- 30.01.2015

Winter Holiday : Seoul - Gyeongbokgung Palace, National Folk Museum of Korea, Gwanghwamun Square, Itaewon, Namdaemun Market, Myeongdong, Trick Eye Museum


Hari ke 7 merupakan hari terakhir di Korea. Sedih bila ingat nak balik. Seronok rasanya sepanjang berada di Korea ni.

Hari ni bangun lambat sikit sebab letih sangat semalam. Lagi pun hari ni plan nak cover di Seoul je. Dari hari kedua nak cover Seoul tapi tak tercover-cover jugak. Bangun siap-siap, breakfast makan apa yang ada lepas tu terus keluar.

Destinasi pertama hari ini ialah ke Gyeongbokgung Palace. Secara ringkasnya, Gyeongbokgung Palace adalah istana yang terbesar antara 5 buah istana yang dibangunkan semasa pemerintahan Dinasti Joseon dan merupakan istana utama yang terletak di utara Kota Seoul. Istana ini juga adalah simbol keagungan kerajaan dan rakyat Korea.  

Main gate

Gendang dipalu...pengantin baru

Geunjeongjeon Hall


Gwanghwamun Gate

Untuk ke Gyeongbokgung Palace boleh naik subway berhenti di Gyeongbokgung Station. Dari Apartment aku ambil train di Sindap Station Line 2 (Hijau) berhenti di Sinseol-dong transfer Line 1 (Biru) ke Jongno 3(sam)-go untuk transfer lagi Line 3 (Orange) dan berhenti di Gyeongbokgung Station. Dari Gyeongbokgung Station keluar ambil exit berapa aku dah tak ingat tapi aku follow je signboard. Alhamdulillah terus jumpa dan tak sesat pun.

Tapi kalau ikut exit dari Station tadi tu masuk ikut pintu lain bukan pintu utama. 


Gate

Bayaran masuk sebanyak 4,000 won. 

Tiket masuk

Tak lama aku sampai ada Changing Guard Ceremony. Aku tak tengok sangat pun sebab aku dah tengok masa hari pertama dengan family kakak aku hari tu. Kalau tengok lagi nanti makan masa lama plak aku kat palace ni. So kitaorang skip je.

Changing Guard Ceremony

Jalan-jalan tengok sekeliling. Cuaca sangat sejuk hari ni. Angin pun kuat tu yang tambah double triple sejuk. 


Heungnyemun Gate

Dewan Takhta Utama Gyeongbokgung Palace

Tiang seri

Tiang

Ronda ronda dalam istana. Cantik dan besar. Orang pun ramai. Terutama sekali pelancong dari China. 

Pasu

Bumbung

Balai singgahsana


Tempat meeting dengan pembesar-pembesar istana

Kawasan istana ni memang besar. Aku tak dapat nak cover semua terutama bahagian Pavillion yang ada kolam tu. Sebab dah lama sangat kat sini. 

Ronda sampai National Folk Museum of Korea. Nasional Folk Museum of Korea adalah sebuah muzium yang terletak di dalam kawasan Gyeongbokgung Palace. Muzium ini mempamerkan artifak dan alat-alat yang digunakan oleh masyarakat Korea pada masa lalu hingga sekarang. Senibina bangunan ini bercirikan bangunan kuil Budha yang terkenal di Korea. 

Pagoda lima tingkat

View dari tepi

View dari hadapan

Ambil gambar je dari luar. Tak masuk pun. Malas nak layan muzium-muzium ni sebab akan makan masa lama.

Kayu tegak

Patung

Lepas tu terus gerak ke luar nak ke Gwanghwamun Square di downtown Seoul berdekatan dengan Gyeongbokgung Palace dan Gwanghwamun Gate je. Senang cite seberang jalan je dari Gwanghwamun Gate.

 Tempat melintas

View Gwanghwamun Gate dari Gwanghwamun Square

Kenapa aku nak ke Gwanghwamun Square ni? Sebab kat tengah-tengah tu ada Statue of King Sejong The Great dan Laksamana Yi Sunshin. Tempat ni pun nampak cantik. Memang wajib pegi. Gwanghwamun juga merupakan tempat pusat pentadbiran kerajaan. Kawasan ini juga dipanggil City Hall.

King Sejong ialah raja keempat dan yang paling dihormati Dinasti Joseon dan merupakan pencipta Hangeul, abjad Korea.

Patung King Sejong

Daripada belakang

Laksamana Yi Sunshin pula seorang komander tentera laut terkenal dengan kemenangan menentang tentera laut Jepun semasa pencerobohan Jepun Korea (1592-1598) dan seorang wira di kalangan Korea. 

Laksamana Yi Sunshin

Di hadapan patung terdapat abjad hangeul dan instrumen saintifik seperti sebuah jam matahari, tolok hujan dan dunia cakerawala.

 Tolok hujan

Dunia cakerawala

Berdekatan dengan patung Laksamana Yi Sunshin terdapat fountain. Fountain ni sempena memperingati kemenangan besar pada tahun 1597 apabila Laksamana Yi berjaya mengalahkan 133 kapal-kapal tentera laut Jepun dengan hanya 12 kapal sendiri dan juga untuk mengimbas kembali bagaimana dia berjuang dalam 23 pertempuran tanpa mengalami kekalahan walau sekalipun. 

Replika kapal Laksamana Yi Sunshin

Laksamana di tengah bandar

Kebetulan pula masa aku datang sini ada majlis memperingati kematian pelajar-pelajar sekolah akibat daripada kemalangan feri semasa menuju ke Jeju Island untuk tujuan lawatan sekolah pada tahun 2014. Masih ingat lagi tak kes tu. Dimana driver feri yang dikecam kerana menyelamatkan diri sendiri tanpa menghirau keadaan penumpang lain.

Antara mangsa yang meninggal

Selesai bergambar, aku terus bergerak ke subway station terdekat iaitu Gwanghwamun Station untuk ke Itaewon. Aku dah janji dengan family kakak aku jumpa di Itaewon nak solat jumaat di sana. So dari Gwanghwamun Station Line 5 (Ungu) transfer line di Gongdeok Station tukar Line 6 (Coklat) untuk ke Itaewon Station.

 Gwanghwamun Subway Station. Exit 4

Di Itaewon ni terdapat sebuah masjid yang dipanggil Seoul Central Mosque. Di sini juga ada terdapat banyak restoran halal dan juga supermarket yang menjual daging halal. 

Korean food ada

Makanan melayu pun ada

Makanan arab pun ada

Nak mat salleh punya makanan pun ada

Daging grill ada

Kebab pun ada. Pilih saja ikut anak tekak masing-masing

Jika diperhatikan di Itaewon ni ada pelbagai bangsa dari serata dunia terutama yang beragama islam. Kawasan Itaewon ni agak berbukit sikit. Agak tercunggap jugalah bila berjalan di sini. Pasaraya menjual bahan kering dan basah yang halal banyak juga terdapat di sini.

Itaewon

Terik tak bermakna panas


Aneka kedai Coffee


Hotel


Kasut

Dari station tadi aku jalan kaki cari masjid dan kakak aku. Tapi masa aku sampai ni sebenarnya dah terlewat sikit. Solat jumaat pun dah abis. Masa tengah jalan-jalan cari masjid akhirnya jumpa juga kakak aku dan familynya yang baru selesai solat jumaat. 

 Seoul Central Mosque

Seoul Central Mosque

So kitaorang decide pegi makan di salah satu restoran halal kat sini namanya Murree. 

Restoran ni agak popular dikalangan pelancong dari Malaysia yang menghidangkan makanan Korea halal. Sampai di restoran terus order makanan masing-masing. Sedap juga makanan kat sini. 

 Murree Muslim Food Restaurant

 Ramyeon sedap!

 Sup daging. Tak ingat nama Korea menu ni

Bulgogi

Makanan kami

Selesai makan kitaorang jalan keluar. Tak lama lepas tu kitaorang berpisah sebab aku nak pegi ke Namdaemun Market nak beli ole-ole untuk dibawa balik. Kakak aku masih nak jalan-jalan di Itaewon lagi.

Dari Itaewon Station aku ke Yaksu Station transfer Line 3 (Orange) terus ke Chungmuro Station. 

Sampai di Namdaemun Market aku terus cari kedai souvenir yang aku pegi hari tu nak tambah lagi fridge magnet. Lepas tu aku pegi beli seaweed. Masa tengah nak cari seaweed tetiba ada satu kedai ni macam offer best pastu dia terus bawak aku masuk dalam. Kat dalam kedai tu dia terus bagi aku cuba air citrus panas. Sedap wei bila minum panas-panas. Dah lah kat luar tu sejuk membeku. Terus aku tanya harga berapa. Aku beli sekotak 3 in 1 citrus untuk bawak balik. Aku beli seaweed kat kedai tu juga. Ada pelbagai perasa. Original, garlic, kimchi, wasabi dan pelbagai lagi. Aku beli semua perisa. Tapi yang paling aku suka original dan wasabi. Memang terbaik. Kimchi pedas gile rasanya.

Selesai membeli di Namdaemun Market aku jalan kaki ke Myeongdong nak cari barang sikit dan nak makan ice cream macaroon. Tapi aku tak jumpa kedai yang aku nak pegi tu. Dah binggung dan lupa kat mana kedainya. So cuma makan ice cream macaroon je dikala sejuk beku macam ni. 

Masa pun dah suntuk terus aku gerak ke destinasi seterusnya iaitu Trick Eye Museum. Janji dengan kakak aku jumpa balik kat sini pukul 6.00 petang. Tapi kakak aku kansel sebab dorang nak pegi tempat lain. 

Nak ke Trick Eye Museum kena berhenti di Hongik University Station. So, dari Myeongdong Station aku ambil Line 4 (Biru Muda) ke Samgakji Station transfer Line 6 (Coklat) berhenti di Hongik University Station.

Dari Hongik University Station nak ke Trick Eyes Museum kena keluar Exit 9. Jalan terus lebih kurang 150 meter. Lepas tu lintas seberang jalan pergi sebelah kiri arah Hongik-ro Street. Jalan terus sampai simpang kedua masuk kiri, akan nampak TonyMolly dan Holika Holika. Terus jalan ke depan sikit akan jumpa Trick Eyes Museum ni. Bila sampai jangan terkejut sebab muzium ni tak macam muzium pun sebab bangunan luar dia macam shop lot je. Masuk ke dalam ikut je arah papan tanda ke muzium. 

Trick Eye Museum adalah sebuah muzium interaktif dengan konsep baru yang mampu merangsang kreativiti dan imiginasi otak dengam teknik eye tricking melalui penglihatan. Dalam gambar yang dipamerkan kita boleh bergambar dan kita sendiri menjadi subjek dalam gambar tersebut. Melalui gambar yang dipamerkan juga sebenarnya dapat membantu kita melalui deria estetik, bentuk dan juga merangsang otak.

Dibuka setiap hari dari pukul 9.00 pagi hingga 9.00 malam. Harga tiket masuk 13,000 won. Museum ni memang best sangat. Betul-betul menguji minda dan kreativiti kita. Rugi kalau tak pegi. Sangat berbaloi.

Ranking No. 1

Tiket masuk

Disebabkan time tutup museum ni pukul 9.00 malam. Aku pun sampai agak lambat. Bila dah pukul 8.30 dorang asyik datang remind kat semua pengunjung yang masih ada dan bagitahu yang museum ni dah nak tutup. Semua yang ada kelam kabut ambil gambar. Termasuklah aku. Tensen aku. Tapi ape pun aku tetap enjoy. Cuma rasa tak cukup puas.

Opocot! Ada ulo..

Tolong! Pirahna nak makan aku!

Sila minum tuanku

1 dinar, 2 dinar, eh berdinar dinar

Apo ekau buek melokat kek dinding tu jang oii ??!!

Oppss! Tak sunat lagi ke?

Masa nak keluar dari museum ni kita kena lalui bilik cermin. Memang tricky giler. Aku tak jumpa jalan keluar. Last-last sebab dorang dah nak tutup, dorang terus bawak aku yang dah sesat dalam bilik cermin tu keluar. 

Bilik cermin

Aku terus balik ke Apartment sebab rasa dah letih satu hari berjalan. Nak kemas beg lagi. Daripada Hongik Universiti Station ambil Line 2 (Hijau) terus ke Sindap Station.  

Sebenarnya plan malam ni nak pegi makan ikan bakar di Dangdaemun tu. Tapi sebab dah letih sangat terpaksa batalkan. Sedih juga lah. Yela, esok dah nak balik. 

Untuk sedapkan hati cakap takpe, insyaallah kita akan datang kembali ke Korea nanti. Hari kelapan.