Total Pageviews

South Korea - Day 6


Khamis - 29.01.2015

Winter Holiday : Seoul - Dragon Peak, YongPyong Ski Resort 


Hari ke 6. Satu lagi hari yang ditunggu. Main ski di Yongpyong Ski Resort. Yeay!

Bangun pagi macam biasa. Breakfast makan biskut dan minum milo untuk alas perut. Hari ni perjalanan lebih jauh dari semalam.

Untuk ke Yongpyong Ski Resort kena ke Hoenggye Bus Terminal kemudian ambil teksi atau shuttle bus ke Yongpyong Ski Resort.

Dari Apartment aku ambil train dari Sindap Station Line 2 (Hijau) kena ke Seongsu Station untuk transfer train masih line yang sama untuk ke Gangbyeon Station. Sampai di Gangbyeon Station keluar ambil Exit 4, melintas dah boleh nampak Dong Seoul Bus Terminal. Direction sama macam nak ke Mount Seorak semalam. Cuma ambil bas lain.

Khemah-khemah makan aka gerai makan. Tak ingat dalam bahasa Korea panggil ape 

Sampai Bus Terminal nampak ada Lotteria. Singgah tapau shrimp burger dan fries untuk breakfast. Lepas tapau terus pegi ke kaunter beli tiket ke Hoenggye dengan harga 14,500 won.  

Tiket bas

Tiket bas pukul 10.00 pagi. Kena tunggu sekejap. Sementara tunggu bas aku makan burger yang ditapau tadi dan minum banana milk sambil tengok berita dalam bahasa Korea. 

Bahagian dalam Dong Seoul Intercity Terminal Bus

Banana milk. Must try!

Pukul 10.00 pagi bas bergerak. Perjalanan mengambil masa 2 jam 30 minit. Sepanjang jalan macam biasa aku tido je. Sampai di Hoenggye Station lebih kurang pukul 12.30 tengahari. Nak ke Yongpyong Ski Resort aku ambil teksi. Teksi station seberang jalan je. Boleh jugak naik shuttle bas tapi ada jadualnya. Nak cepat naik teksi.

Masa nak ambil teksi ada seorang budak muda Korea. Dia pun nak ke Yongpyong. Kalau aku yang sampai dulu sepatutnya teksi tu aku yang punya. Budak Korea tu mungkin tak nak tunggu lama so dia minta izin untuk tumpang sekali dengan teksi kitorang. Aku memula serba salah tapi tak sampai hati pula nak kata tak boleh. Jadinya aku kata boleh lah.

Dalam teksi borak-borak sikit dengan budak Korea tu. Dia dari Busan datang ke Yongpyong untuk main ski. Kawan-kawan dia dah sampai lebih awal. 

Dah nak sampai driver teksi tu tanya nak turun di mana. Aku cakaplah Yongpyong Resort. Lepas tu budak Korea tu explain yang Resort ni besar. Aku bagitau aku nak main ski dan naik ke Dragon Peak. Dia pun bagitau pada driver teksi tu turunkan kitaorang di tempat yang sepatutnya. Nasib baik juga ada budak Korea ni. Kalau tak blur juga nak cari lokasi yang betul. 

Masa turun budak Korea tu kata tak payah bayar. Dia belanja aku tambang teksi. Alhamdulillah. Rezeki. Sebelum keluar ucap terima kasih pada budak tu. Semoga jumpa lagi masa main ski nanti.

Lebih kurang dekat pukul 1 petang sampai di Yongpyong Ski Resort. Jarak tak jauh dari Hoenggye Station. 

Ramai juga orang di Yongpyong Resort ni. Tapi budak-budak lah yang paling ramai. Memandangkan sampai pun dah lambat aku plan naik dulu ke Dragon Peak sebelum main ski. Takut nanti tak sempat nak kejar last gondola.

Ada dua pilihan untuk naik ke Dragon Peak. Boleh pilih samada naik dengan gondola ataupun lift. Gondola ni tertutup lebih kurang macam cable car. Lift pula duduk dalam keadaan terbuka dan kaki tergantung. Agak seram juga naik atas dengan lift terbuka tu. Kalau angin kuat mesti sejuk dan cuak bila lift tu bergoyang. Silap-silap mati keras atas tempat duduk tu bila sampai atas. Tapi takde kes macam tu berlaku lagi. Imaginasi terlebih sikit...hehe.

Harga tiket gondola mahal sikit compare dengan lift. Aku pilih gondola dan harga tiketnya 30,000 won seorang. Naik atas sambil layan view dan orang main ski. Excited! Seram pun ada. Boleh ke main ni. 

Kaunter tiket gondola ada di sini

Tiket gondola

Gondola.

Lift. Tak berani aku nak naik unless takde pilihan.

Dragon Peak kat hujung atas tu. Nampak jauh dan tinggikan.

View sepanjang perjalanan ke Dragon Peak

Selamat sampai di atas.

Suhu sangat sejuk di Dragon Peak ni. Tengok skrin -6 darjah celcius. Tengok luar je, Ya Allah cantiknya. Lebih cantik dari Mount Seorak. Salji pun lebih tebal dari semalam. Pokok-pokok semua dah diselaputi ais. Susah nak diungkapkan dengan kata-kata betapa cantiknya pemandangan sekeliling dengan salji yang putih bersih.












Matahari pun malu-malu mengeluarkan cahayanya


Masa tengah sibuk bergambar dan layan view ada juga jumpa orang Malaysia yang datang ke sini. Borak-borak kejap dengan dorang. Dorang tak lama stay di atas ni sebab tak tahan sejuk. 

Lepas tu aku gerak ke atas lagi. Salji lagi cantik dan tebal di kawasan dalam ni. Ada banyak pokok-pokok. Macam belukar. Semuanya dah diselaputi dengan salji. Salji tebal sangat sampai tenggelam kaki aku.







Ada satu laluan pegi ke atas. Ramai yang jatuh tergolek sebab licin. Wife aku yang jalan slow dan berhati-hati pun jatuh tergolek juga. Sian dia. Terus dia mengelongsor ke bawah macam main gelongsor. Itu namanya tactic cover malu.

Masa kat atas ni dapat juga rasa salji turun. Daripada sikit-sikit turun makin lama makin lebat. Rezeki aku lagi hari ini.





Aku naik sampai di satu kawasan yang agak lapang dan terbuka. Kitaorang main baling-baling salji. Cuba nak buat snowman tapi tak berjaya. Buat video main salji. Cuma aku terlupa nak buat snow angel je.

Masa di atas ni salji semakin lebat turun. Awam mendung tu adalah mendung salji. Buat aksi pusing-pusing main salji. Melompat-lompat macam budak-budak main hujan. Jadi jakun sekejap. Memang tak peduli langsung orang sekeliling. Nampak sangat gaya orang tak penah jumpa salji.


Boleh naik sampai belukar atas tu. Tapi aku tak pegi sebab tak cukup masa

Awan mendung dan butir-butir salji yang turun

Beg diselaputi salji yang sedang turun 



Ada juga yang pegi sampai ke dalam sana tu.





Macam biasa bila tengok orang dah semakin kurang barulah aku sedar yang aku dah lama di atas ni. Jam pun dah pukul 4.20 petang. Baik aku beredar sebelum tertinggal gondola terakhir. Tak pasal-pasal kena turun jalan kaki.

Secara jujurnya, memang tak puas lagi main salji dan menikmati pemandangan yang indah ini. Rasa macam nak stay di sini lebih lama lagi. Tapi apakan daya, masa sangat mencemburui aku. Yela, bila lagi aku dapat rasa salji macam ni. Walaupun cuaca sejuk tapi bila dapat salji kesejukkan pun tak terasa.



Bak kata orang, kalau ikutkan hati mati. Kembalilah semula kepada alam realiti. Jadi kenalah pulang ke pangkal jalan. Bila orang dah takde aku dan wife terus berlari ke gondola station dan berharap masih ada lagilah gondola untuk kami. Alhamdulillah masih sempat kejar gondola yang terakhir. Masa turun ke bawah salji pun semakin lebat. 



Orang ramai tengah main ski

Sampai bawah terus plan nak main ski. Pegi check harga. Kaunter tiket ada di bahagian luar. Kaunter untuk ambil ski equipment di bahagian dalam.



Tapi malangnya masa aku nak sewa dah tutup. Ada dua sessi. Satu sessi siang dan satu lagi sessi malam. Dari pukul 4.30 petang sampai 6.30 petang waktu rehat. 

Maknanya sekarang kalau aku nak main ski kena main waktu sessi malam. Sempat ke? Last bas balik ke Seoul pukul 9.00 malam dari Hoeggye Station. Paling lambat nak gerak dari sini pukul 8.00 malam. Nak kena ambil teksi lagi. Itu pun kalau teksi terus dapat. Kalau teksi takde kena tunggu dulu macam mana. 

Memang tak sempatlah. Kecewa! Nampak di situ bayang-bayang nak main ski dah tak de harapan lagi. Jangan nak beranganlah dapat main. Kalau nak main juga kena bermalam di sini.

Dengan hati kecewa aku tanya budak yang jaga kaunter tu mana nak tunggu shuttle bas nak balik ke Hoenggye Station. Dia suruh aku pegi ke Tower Plaza. Boleh ambil bas dari sana.

Bila dah sampai sana aku melilau tengok sekeliling cari mana shuttle bus. Kat Tower Plaza ini banyak bas tapi tak pasti itu shuttle bas atau bas pelancong. Mujur lah kat entrance masuk Tower Plaza tu ada papantanda penerangan perkhidmatan shuttle bas. 

Baca punya baca sekali aku terperasan ada direct bas dari Tower Plaza terus ke Seoul? Last bas pukul 9.00 malam? Hmmmm.....macam menarik je. Apa pun kena pegi tanya dulu. 

Lepas tu aku melilau cari kaunter tiket bas pulak. Masuk dalam sikit dah jumpa. Tak jauh pun dari Lotteria. Tanya kat budak kaunter tu. Dia kata memang ada direct bas dan last bas pukul 9.00 malam. Stop kat subway Jamsil Station dan Myeondong Station. Tapi harga mahal sikit. 

Kira punya kira masa yang ada, macam sempat je kalau nak main ski sejam dua. Dapat hilangkan rasa teringin jadilah. Takdelah kempunan bila dah balik Malaysia nanti. 

Memula nak cakap kat budak kaunter tu nak pikir dulu tapi budak tu kata sebenarnya kaunter dah nak tutup. Tutup kaunter pukul 5.00 petang. Tak boleh nak pikir panjang-panjang sangat aku beli je lah tiket bas tu.


Sementara menunggu nak main ski waktu sessi malam perut pun dah lapar. Dari pagi cuma makan shrimp burger masa tunggu bas di Dong Seoul Bus Terminal. Mestilah lapar. Kat sini pun ada Lotteria. Apa lagi makan kat situ je lah. Itu je yang aku nampak. Padahal ada restoran pizza depan Lotteria. Boleh order pizza seafood

Wife aku dah bosan asyik makan shrimp burger. Nak tak nak kena makan juga. Asalkan perut berisi. Minum milo yang aku bawa dari Apartment.

Selesai makan masih ada masa lagi. Lepak kejap sambil tengok salji yang turun di luar. Siap ambil video lagi. Betapa jakunnya aku dengan salji. Takpe, kat Malaysia takde. Memang patut pun.

Ski board


Akhirnya sampai juga waktu nak ber ski. Ini first time aku nak try main. Daripada info yang aku dapat untuk first timer macam aku kena ambil pakej dengan lesson sekali. Memandangkan harga dengan lesson sedikit mahal jadi aku dengan gamble nya hanya sewa ski equipment je. Sessi untuk malam 23,000 won seorang. Aku belajar sendiri. Baru ada thrill....hehe.

Pegi kaunter tiket. Lepas tu pegi ambil ski equipment. Berlagak macam pandai. Dorang bagi ski equipment, alahai berat gile ski board dan kasut ni. Barang dan beg aku simpan dalam loker.

Aku ada masa 1 jam 30 minit je untuk main. 30 minit lagi untuk return ski equipment dan nak kejar ke Tower Plaza ambil bas. Tau je lah, bas di Korea ni jalan ikut jadual. Nanti tertinggal bas memang masak lah aku kena bermalam di sini.

Tiket ski rental equipment

Aku follow je orang sekeliling macam mana dorang buat. Kasut berat. Susah nak jalan. Tengok dorang jalan macam steady je. Bawak ski board keluar. Belasah je pakai. Alhamdulillah betul. 

Lepas pakai macam mana nak naik atas ni. Asyik mengelongsor ke bawah je. Aku naik dia mengelongsor lagi ke bawah. Adusss... susah juga.

Tengok budak-budak main macam mana. Aku ikut je. Jalan naik atas dengan cara mengiring. Memang penatlah. Dengan menampung berat lagi. 

Wife aku dah penat sebab kasut berat dan keras. Rasa tak selesa. Dah tak larat dia stop dulu.

Tengok ada bapa tarik anak dia naik tempat tinggi pastu ski ke bawah. Wife aku tengok macam aku susah sangat so dia pun tarik aku naik atas. Itu cara senang. Tapi kesian lah kat wife aku nak tarik aku. Dia yang penat aku yang syok...hehe.

Sebenarnya boleh tanggalkan board tu lepas tu bawa ke tempat tinggi kemudian baru pakai balik. Memang aku buat macam tu memula tapi bila nak pasang balik ski board tu tak boleh. Cuba banyak kali pun tak boleh. Siap tukar dengan wife aku punya manalah tau tertukar board ke. Tetap tak boleh.

Rupa-rupanya ais cepat mengeras atas board tu. So kena sembur angin. Dorang ada sediakan penyembur angin depan resort. Memula aku tak tau, tapi seorang mamat ni bagitau aku bila tengok aku terkial-kial. Penyembur tu untuk bersihkan board dan kasut selepas main sebelum pulangkan barang-barang. 

Nak naik atas lagi. Tapi aku kesuntukan masa. Nak main dengan tenang pun susah sebab risaukan takut terleka dan terlajak. Karang tertinggal bas pulak. Kalau tertinggal ni memang habislah kitaorang.

Susah gak tau. Ingat senang ke. Tapi best.

Salji semakin lebat. Letih tapi tak rasa sejuk pun.

Malam tetap ramai yang ber ski. Kebanyakkannya bermalam di sini


Sebelum pulangkan ke kaunter ski board kena dibersihkan

Seronok memanglah seronok tapi feel tu macam kurang sikit sebab main dalam keadaan tergesa-gesa. Nak kejarkan masa punya pasal. Puas memang tak puas. Rasa nak stay main lagi. 

Memula dulu wife aku memang ada plan stay kat resort satu malam. Tapi aku yang tak nak sebab nak jimat sikit kononnya. Tapi bila dah rasa macam ni memang kena stay at least semalam kalau nak main puas-puas.

Tapi takpelah, at least dapat rasa dulu pengalaman. Mungkin ada rezeki nanti aku boleh buat plan lagi. Mungkin bukan di Korea tapi try tempat lain pulak. InsyaAllah.

Lebih kurang pukul 8.30 malam, kitaorang terus pulangkan semua barang-barang. Kelam kabut juga. Agak terkejar-kejar. Selesai terus gerak pegi ke Tower Plaza nak ambil last bas ke Seoul pukul 9.00 malam. Doa dalam hati harap tak kena tinggal lah.

Salji semakin lebat on the way ke Tower Plaza

Hujan salji


Diselaputi salji

Alhamdulillah. Sempat sampai. Tak lama lepas tu bas pun terus gerak ke Seoul. On the way balik salji turun makin lebat. Seronok tengok tapi risau juga takut jalan licin. Doa harap selamat sepanjang perjalanan. 

Perut agak lapar sikit. Ada bawa coklat cloud 9. Konon nak makan untuk alas perut tapi malang tak dapat makan sebab coklat dah keras macam batu. Tak boleh nak gigit langsung. Sudahnya makan saki baki biskut yang dah hancur.

Badan dah letih dari awal pagi sampai malam jadinya sepanjang perjalanan balik aku tido je dalam bas. Dalam pada itu masih berdoa sempatlah sampai Seoul sebelum pukul 12 malam dan sempat kejar last train balik Apartment. Kalau tak kena belanja duit lebih sikit untuk ambil teksi balik ke Apartment.

Bas sampai di Jamsil Station Seoul pukul 11.30 malam. Terus laju kejar train. Alhamdulillah sempat kejar last train ke Sindap Station untuk sampai ke apartment aku. Betul-betul yang last. Jimat duit aku.

Lebih kurang 12.15 malam sampai Apartment. Terus bersihkan badan sikit, rehat dan tido. Sambung esok hari ketujuh. Hari terakhir di Korea. Rasa macam sedih je bila ingat nak balik. Tapi dalam masa yang sama aku rindu nak makan makanan Malaysia terutamanya tomyam dan sup ekor.. :)


20 comments:

  1. Wahhhhh, bestnyaaaa. Alamak. excited nak ke Korea January tahun depan. Hikks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best sgt...! Kalau rasa nak main ski puas-puas, boleh lah stay kat ski resort tu :)

      Delete
  2. Salam. Nak tanya kalau naik lift berapa harganya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wssalam.....senarai harga lift boleh tengok kat foto SKI AREA FEES tu. Kat situ ada senarai harga utk rental lift mengikut masa yang telah ditetapkan untuk tahun 2015. Rasanya mungkin harga akan berubah utk tahun 2016. Awak boleh refer kat sini www.yongpyong.co.kr/eng/skiNboard/utilizationFee/liftCharge.do

      Delete
  3. cantiknya gambar di dragon peak tu :)

    ReplyDelete
  4. Salam boleh sy tau brp harga ticket bus dewasa n kanak2 Dr insadong ke yongpyong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Maaf harga tiket kanak2 sy tak pasti. Harga dewasa ada tercatit di atas tapi harga tu dari Dong Seoul Bus Terminal. Kalau nak naik public bus dr Insadong boleh ambil bas dari Seoul Nambu Terminal. Tapi daripada pengalaman sy better ambil shuttle bus terus ke Yongpyong Resort. Bus warna purple. Boleh refer website ni untuk jadual bas http://www.purpleskibus.com/

      Delete
  5. Sorry boleh tanya, bus dari tower plaza pergi jamsil tu berapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf tak berapa nak ingat, tapi kalau tak silap saya 19,000 won seorang.

      Delete
  6. salam, boleh tanya. so, kalau nk masuk tempat ski tu kena bayar tak ? ke just kena bayar sewa board tu je ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Masuk tempat ski tu free je. Ya..ski board tu kena sewa.

      Delete
  7. Salam..brpe harge naik gondola dr dragon plaza ke peak die tu?..ade blog post gmbr ski area fee gondola/lift(harga mahal)..mcm awak punye tulis lift sahaja..brpe exactly harge gondola tu ek?..Pastu ade ke bas dr ski resort(tower plaza) ke seoul?..kalau ade..x perlu laa pergi ke stesen bus hoenggye kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. En. Amir, sy naik gondola. Tapi harga tu thn 2015. Mgkn harga tiket dah naik. Better en. check di website yongpyong untuk maklumat lebih tepat. Maklumat tentang bas dari Seoul pun ada di situ.

      Delete
  8. ski wear rental harga berapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik aimi boleh check di website yongpyong untuk harga rental terkini. Harga kami tu utk thn 2015.

      Delete
  9. salam nak tanya, kalau hanya sekadar nak main ski memang kena naik jugak eh gondola/ lift tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. boleh main di depan resort tu saje. kalau nak slope lebih tinggi boleh naik gondola atau lift.

      Delete
  10. Harga 23000 won tu termasuk dengan harga rental equipment ke ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye termasuk equipment. tapi ni harga 2015. sebaiknya luqman check website utk harga terkini.

      Delete