Total Pageviews

Japan - Day 3


Ahad - 26.04.2015

Trip Dalam Hati Ada Taman : Chureito Pagoda, Lake Kawaguchiko & Lake Saiko


Hari ke 3. Seawal pukul 4.00 pagi dah bangun untuk solat subuh dan bersiap-siap nak keluar untuk aktiviti pertama hari ini.

Lepas breakfast makan bubur instant dan biskut cicah milo panas, letak beg kat dalam bilik simpanan beg dan terus drop kan kunci bilik untuk check out.

Settle terus bergerak keluar seawal 5.00 pagi. Kat luar dah terang. Jalan kaki menuju ke Chureito Pagoda. Dari Hostel boleh terus jalan kaki berdasarkan map yang aku minta di front office masa check in semalam dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 ke 20 minit untuk sampai ke atas.

Di sini bermulanya aktiviti memanjat anak tangga

Chureito Pagoda ni terletak di atas bukit. Kena naik 400 anak tangga untuk sampai ke atas. Exercise aku pagi-pagi buta. Selain aku dan wife, ada beberapa orang tua bersenam di awal pagi naik ke bukit tu. Patutlah dorang ni sihat dan slim.

Pendakian bermula

Sepanjang naik anak tangga, mata akan dijamu dengan pemandangan sekitar yang cantik dan udara yang segar. Terasa begitu tenang dan damai. Naik atas sikit, toleh ke belakang dah boleh nampak Mt. Fuji dengan jelas. Ya Allah! Cantiknya. Akhirnya, dapat juga aku tengok dengan mata sendiri Mt Fuji dengan jelas sekali.

Mount Fuji

Bersama bandar di sekitar Mount Fuji

Semput juga naik anak tangga tu tapi disebabkan pemandangan sekeliling dan Mt. Fuji yang cantik dengan cahaya matahari yang baru terbit menghilangkan segala rasa penat lelah.

Cahaya matahari terbit


Chureito Pagoda adalah pagoda lima tingkat yang menghadap Bandar Fujiyoshida dan Mount Fuji dari jauh. Pagoda ini adalah sebahagian daripada Arakura Sengen Shrine yang dibina sebagai peace memorial pada tahun 1963.

Chureito Pagoda dari atas bukit

Sampai atas aku mengamati pemandangan Mount Fuji. Sangat indah. Pemandangan dari Chureito Pagoda adalah antara photo spot popular dikalangan photographer. Lokasi ini menawarkan pemandangan Mount Fuji bersama dengan pagoda. Memang spot yang cantik. 

Mount Fuji & Pagoda

Typical tourist photo

Photo spot yang sangat popular
  
Lebih cantik lagi kalau musim sakura atau cherry blossom pada pertengahan bulan April. Sekeliling dipenuhi dengan bunga bunga sakura yang sedang kembang. Manakala pada musim luruh pula pemandangan sangat cantik dan berwarna warni dengan warna daun maple pada separuh pertama bulan November.

Bandar Fujiyoshida

Pokok sakura dan Mount Fuji

Daripada pengamatan aku pagi ni kebanyakkannya orang tua yang datang bersenam naik bukit ni. Tak tau mana budak-budak muda Jepun pegi. Mungkin masih dibawah selimut lagi kot.

Comelkan puppy tu.

Lama juga kat atas ni. Dekat dua jam lebih. Pukul 7 lebih gerak turun. On the way turun sempat juga singgah di Chureito Pagoda. Masa naik tadi hanya tengok je sebab nak kejar naik atas dulu. Di kawasan Chureito Pagoda masih banyak lagi bunga sakura yang masih kembang. 

Drive way

Chureito Pagoda

White cherry and the blue sky

Ada sorang mamat Jepun ni tanya wife aku, mana tau pasal tempat ni sebab dia pelik ramai orang luar tahu tempat ni. Sudah pastilah survey daripada internet. 

Jumpa dengan sukarelawan dan sukarelawati yang datang membersihkan kawasan sekitar. Baguskan dorang ni semua. Sanggup buat kerja pembersihan tanpa sebarang bayaran.

Kebanyakkan orang tua yang aku jumpa semuanya peramah belaka. Masa turun bawah lagi, sempat juga singgah di Arakura Sengen Shrine sebelum sampai ke anak tangga yang terakhir untuk hari ini.

Arakura Sengen Shrine

Anak tangga yang perlu ditempuh

Sampai bawah aku decide nak terus ke Lake Kawaguchiko untuk sambung aktiviti roda-roda semalam yang masih berbaki lagi.

Dari Chureito Pagoda nak ke Kawaguchiko Station, lebih dekat ambil train di Shimoyoshida Station. Memandangkan tadi datang dari Hostel, so kitorang memang tak tau arah mana nak ke Shimoyoshida Station. Takkan nak jalan kaki balik ke Gekkoji Station padahal Shimoyoshida Station lagi dekat dikala ini. Cewah! ayat...

Tetiba mata ternampak sekumpulan ahli bomba di satu pondok. Nak tanya mana Shimoyoshida Station dalam english confirm dorang tak faham. Nasib baik wife aku ade download Japanese Language apps. dalam handphone dia. 

Wife aku tanya mana train station dalam bahasa Jepun. Dah agak dorang ni memang tak tau nak jawab dalam bahasa english. Dorang nak terangkan balik pun tak reti. Akhirnya dorang relakan diri hantar kitorang dengan naik trak bomba. Pengalaman naik trak bomba di Jepun. Kat Malaysia pun tak penah rasa. Memang lawak lah kitorang waktu tu.

Sampai di Shimoyoshida Station terus ambil train ke Kawaguchiko Station tambang 300 yen seorang. Pukul 9.00 pagi baru Sightseeing Retro Bus mula beroperasi. 

Hari ni aku berhenti di bus stop kat no. 15 (Kozantei Ubuya). Tempat ni sangat popular pada waktu sakura. Memang betul permandangan situ sangat cantik kalau waktu cherry blossom. Tapi masa aku sampai sakura dah habis gugur. Hampa.

Bus stop no. 15

Dahan pokok sakura yang dah keguguran

Bayangkan kalau dahan tu masih penuh dengan sakura

Ambil gambar sekejap lepas tu terus gerak ke stop lain plak iaitu no 21. Stop ni adalah yang terakhir untuk Lake Kawaguchiko. Kat sini view pun sangat cantik sebab ada bermacam-macam jenis pokok bunga. 

Si pemancing

Mount Fuji dari celah lalang

Ada satu pokok sakura sedang meriah berkembang. Tapi malang Mt. Fuji tak berapa jelas. Awan sudah mula tutup Mount Fuji. Hanya sedikit puncaknya saje yang dapat dilihat. Kalau clear mesti bertambah-tambah cantik.

Pink sakura.

Sakura, mount fuji, daffodil dan lavender 

Sakura lagi

Selesai ambil gambar terus gerak ke stop lain pulak. Berhenti di stop no. 17 (Kawaguchiko Music Forest Museum). Sekejap je ambil gambar sebab nak balik ke Kawaguchiko Station. Nak jenguk-jenguk apa yang menarik di tempat lain pulak.

Bus stop no. 17

Kereta kuda

Kereta bunga

Bunga rose

Sampai di Kawaguchiko Station terus tukar green bus nak pegi ronda-ronda di Lake Saiko pulak. Plan cuma nak tengok apa yang ada di kawasan Lake Saiko dari dalam bas saje. Tak nak turun. Takut tak cukup masa sebab nak kena gerak awal untuk ke destinasi lagi jauh lepas ni. 

Naik green bus tak ramai orang. Dari station cuma kitorang berdua je. Dah lama baru ada sorang demi sorang naik. 


View Lake Saiko dari bas

Sampailah bas berhenti di satu stop ni. Aku nampak dari jauh, wow! Cantiknya tempat ni. Banyak pokok sakura yang sedang berkembang. 

Aku rasa nak pegi. Wife aku kata tak boleh takut tak sempat ke destinasi kita lepas ni nanti. Aku rasa macam nak pegi jugak. Wife aku serba salah bila tengok aku macam beria benar. Tapi bas dah jalan. So memang tak boleh nak pegi dah pun. Sampai tahap aku nak minta bas tu berhenti jugak, aku boleh jalan kaki. Tapi wife aku kata tak boleh. 

Tergoda tengok sakura tengah lebat berbunga

Semua sakura sedang kembang


Sepanjang jalan dipenuhi bunga sakura

Sampai kat satu lagi stop pun nampak menarik. Lepas tu wife aku tunjuk kat aku Mount Fuji yang sangat jelas. Aku rasa nak turun tapi bas terus jalan. Rasa kecewa sikit tak dapat turun.

Macam pengakap

Ada pulak sekumpulan mat salleh ni nak balik ke resort dorang tetiba bas macam lalu je balik ke kawasan stop yang aku beria nak pegi tadi. Tempat yang banyak sakura tu tadi. Ye! Memang betul bas tu lalu situ balik. Aku cakap dengan wife nak pegi. Wife aku kata ok tapi tak boleh lama.

Akhirnya dapat juga aku turun kat stop no 68 (Iyashi No Sato). Memang cantik tempat ni dan ramai pengunjung jugak yang datang ke sini. Masuk sini kena bayar tiket harga 350 yen seorang.

Iyashi No Sato

Tiket masuk

Iyashi No Sato adalah sebuah tapak perkampungan pertanian di bahagian barat Tasik Saiko. Perkampungan ini pernah musnah akibat tanah runtuh dalam taufan pada tahun 1966. 40 tahun kemudian kampung ini dibina semula dengan ciri tradisi lama masih dikekalkan dan dijadikan sebagai muzium dan kampung kraftangan tradisional.

Kincir air

View perkampungan dan mount fuji

Kampung ini kini telah ditukar menjadi kedai, restoran, muzium dan galeri. Pengunjung boleh cuba membuat kraftangan, produk tradisional, kertas washi, arang dan mi soba di bengkel kedai-kedai berkaitan.

Jagung kering

Azimat or keramat dorang kot

Ada juga rumah yang dijadikan sebagai muzium yang mempamerkan kehidupan harian petani. Muzium yang menunjukkan punca-punca kejadian tanah runtuh waktu dulu dan cara pencegahan sekiranya berlaku semula turut ada disediakan. Pengunjung juga boleh mencuba kimono atau perisai samurai dengan harga yang murah.

Rumah yang dijadikan kedai

Sakura dan mount fuji yang dikelilingi awan nano

Lupa nama patung tu

Samurai

Tapi yang paling best sekali di Iyashi No Sato ni ialah pokok sakura berwarna pink penuh sepanjang jalan. Cantik sangat.

Sakura lagi

Sepanjang jalan dikelilingi dengan sakura

Dapat juga aku tengok sakura sepenuhnya dengan pemandangan Mount Fuji yang jelas dan nampak besar dari situ. Pemandangan memang sangat cantik. Susah nak diungkap dengan perkataan. Tapi makin lama awan makin dekat berkumpul di puncaknya.




Melayan perasaan bersama bunga sakura dan Mount Fuji. Memang cantik bunga sakura ni. Asyik click sana click sini ambil gambar yang sama sampai leka dan lama sangat rasanya kitorang kat sini.




Sempat jugak kitorang beli ice cream green tea dan vanilla. Nak rasa green tea punya pasal. Wife aku tak boleh pegi dengan rasanya. Dah lama sangat kat sini, kitorang kena gerak jugak balik ke Kawaguchiko Station takut lambat nanti.

Green tea ice cream

Vanilla ice cream

Di bahagian luar tempat nak tunggu bas ada banyak gerai-gerai makanan, buah-buahan dan macam-macam barang tempatan ada dijual. Memula tu macam nak rasa ikan grill tapi rasa takut tak boleh telan. Last-last aku beli cendawan grill. Saje nak rasa. 




Pakej madu dengan lebahnya sekali.

Nasib baik tak lama tunggu bas, terus gerak ke Kawaguchiko Station. Sepanjang perjalanan balik ke station disajikan Mount Fuji yang sangat jelas. 

Sampai di Kawaguchiko, Mount Fuji makin jelas. Awan pun kurang menutupi puncaknya. Tetiba wife aku berhajat nak ambil gambar Mount Fuji dengan view tasik pulak. Dia kata nak ambil sekejap je. So kitorang turun kat separuh jalan nak tukar bus merah pulak untuk ke Lake Kawaguchiko sekejap. 

View masa tunggu bas merah

View tasik tu kat bus stop no. 15 yang awal pagi tadi kitorang dah pegi. Sampai kat stop tu, ambil gambar laju-laju, lepas tu terus gerak tunggu bas. Ambil bas merah semula balik ke station nak ambil train balik ke Gekkoji Station nak ambil beg yang simpan kat Hostel pagi tadi.

View dari tasik dan pokok sakura yang dah gugur

View sama tapi zoom sikit

View dengan tasik sahaja

Bersama boat

Bersama pohon sakura

Pepohon sakura lagi

Ranting bekas sakura yang telah gugur

Sampai station kena tunggu train pukul 4 lebih. Sementara tunggu train merayau kejap kawasan sekitar. Sempat juga beli fridge magnet satu lagi. Masa merayau tu nampak plak coin locker lagi kat bahagian luar. Adus! Rupanya banyak coin locker kat station ni. Ini memang bikin aku tension. Moral of the story, pegi survey dulu.

Bye Kawaguchiko. See you again

Train pukul 4 lebih sampai, terus gerak ke Gekkoji Station tambang 300 yen seorang. Sampai Gekkoji Station, aku sorang terus pegi ambil beg. Aku suruh wife aku tunggu kat station je. Sampai balik kat station wife aku bagitau next train ke Otsuki lama lagi. Pukul 5 lebih. Habislah. Kira punya kira tempoh masa perjalanan yang akan diambil ke destinasi seterusnya nampak gaya macam tak sempat aku nak kejar train terakhir.

Ikutkan itinerary aku kena gerak ke Takayama untuk tour esok. Aku cuba call Hostel di Takayama dengan bantuan budak front office Hostel aku menginap malam tadi yang kebetulan tunggu train nak pegi keje tempat lain. Bagitau mungkin aku sampai lambat dan minta pihak hostel di Takayama checkkan pukul berapa train terakhir dari Nagoya ke Takayama. Sekali dia bagitau pukul 9.15 malam. Habislah aku! Memang tak sempatlah nak kejar last train. 

Ini semua angkara Mt. Fuji. Kitorang terlalu leka sampai terlupa periksa waktu train. Apapun perjalanan harus diteruskan. Dari Gekkoji Station ambil train ke Otsuki Station tambang 960 yen seorang. Dari Otsuki Station ambil JR Chuo Line (Special Rapid) terus ke Hachioji Station kemudian transfer JR Yokohama Line ke Shin Yokohama Station. Hari ini aku mula guna JR pass, so semua train bawah kelolaan JR aku tak perlu bayar. Cuma tunjukkan JR pass pada officer yang jaga pintu masuk tiket. 

Sampai di Shin Yokohama Station aku ambil shinkansen untuk ke Nagoya Station. First time naik shinkansen. Wife aku tanya kat officer train ke Nagoya Station. Officer tu bagitau Hikari no berapa dan di platform berapa pukul 9.09 malam. Alhamdulillah sempat lagi tunggu train masa sampai platform.

Tetiba keluar kat skrin information Shinkansen Kodama ke Nagoya pukul 9.04 malam. Lagi awal daripada Hikari. Wife aku cakap, officer tadi bagitau Hikari. Aku cakap boleh naik ni. Akhirnya kitaorang naik Kodama ke Nagoya. Sepanjang perjalanan hati risau takut tak dapat kejar train ke Takayama. 

Rupanya keputusan aku naik Kodama adalah salah. Train ni berhenti kat semua station. Adus! Makin tensen aku dibuatnya. Shinkansen ni gerak pun tak selaju mana. Confius kejap dibuatnya.

Skinkansen Kodama

Plug

Wife aku bagitau walau macam mana sekali pun kena tunggu sampai Nagoya Station dulu. Kalau takde train tido je kat Station malam ni. Esok ambil 1st train ke Takayama sebab nak kejar tour pukul 8.00 pagi.

Sampai di Nagoya Station pukul 10.45 malam. Tanya train ke Takayama, officer tu kata dah takde train untuk malam ni. Aku tanya train pertama awal pagi esok, dia bagitau pukul 7.45 pagi. 

Aku dah tak keruan. Nak tanya orang, bahasa jadi masalah. Aku keluar kejap. Terjumpa polis. Aku tanya mana nak cari teksi untuk ke Takayama. Polis tu bagitau lewat malam macam ni susah nak cari teksi ke Takayama yang jauh tu. Kalau ada pun tambang terlampau mahal.

Polis tu cadang naik bas. Dia bawak aku pegi kaunter bas. Bas ke Takayama malam memang dah takde. Tapi Toyama ada last bus pukul 11.00 malam dan sampai di Toyama pukul 5.00 pagi. Sampai Toyama nanti bolehlah cari 1st train ke Takayama untuk kejar tour yang dah booked awal.

Ada lagi 10 minit last bus nak gerak. Tanpa lengah dan fikir panjang terus ajak wife aku naik bas. Lebih baik tido dalam bas daripada tido kat station.

Bayar tambang bas 5,500 yen seorang. Masa bagi tiket kat driver bas tu, polis tu kata ni bas JR. Bengang tak bila dengar perkataan JR. Aku kan ada JR pass. Aku baru bayar 10,100 yen. Bertambah tensen aku. 

Naik bas terus gerak ke Toyama. Dalam bas aku check semula JR pass. JR Expressway bas tak covered by JR pass. Kena bayar tiket asing. Fuh! Nasib baik betul tak cover. Kalau tak menyesal tak sudah sebab dah bayar tiket mahal. 

Bas express Jepun lain sikit. Tempat duduk hanya ada tiga row saje. Tempat duduk semua single kecuali tempat duduk belakang sekali. Aku dapat tempat duduk belakang sekali. Tempat duduk memang sangat selesa. Siap sediakan selipar dan selimut. Tempat letak kaki untuk bagi selesa pun ada. Setiap tempat duduk juga disediakan plug untuk cas handphone atau apa saja. Terdapat juga ruang cafe kecil di tengah bas bagi sesiapa yang nak minum air panas. Teh dan kopi turut disediakan secara percuma. Toilet pun ada dalam bas. Kalau rasa nak terkucil ke tak perlu risau. Boleh buang bila-bila masa. Memang jakun kejap aku dibuatnya. Naik Airasia pun tak se-selesa macam ni. Atau sebenarnya banyak bas malam memang macam ni. Sebab aku sendiri pun tak penah naik bas. 

Bas dari Nagoya ke Toyama

Ada 2 minah Jepun. Satu duduk kiri satu lagi belah kanan. Kitorang tengah-tengah antara dorang. Wife aku tanya minah sebelah dia nak pegi mana. Dia jawap Toyama. Alhamdulillah. Macam-macam soalan wife aku tanya kat Minah Jepun tu walaupun dia memang tak faham dan tak boleh cakap sepatah haram pun english. Kadang-kadang siap guna google translation lagi. Tapi minah tu memang sangat baik dan helpful. Banyak sangat membantu dan tunjuk ajar dengan kemudahan dalam bas. Sampai naik seganlah juga. Minah tu juga siap tolong checkkan 1st train dan sampai Takayama pukul berapa. 

Dalam kesulitan macam ni, ALLAH temukan dengan orang yang baik-baik yang sudi membantu dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas. Apapun semua dah terjadi. Dugaan dalam pengembaraan kali ini. Ambil iktibar dan pengajaran atas apa yang dah terjadi. 

Satu budaya orang Jepun yang sangat aku kagum ialah dorang lebih menghormati privasi orang lain. Tak boleh buat bising. Cakap pun kena perlahan. Phone kena silent. Tapi sampai kat kitorang yang dah terbiasa gaya hidup melayu, secara tak sengaja tercakap kuat sikit. Tapi cepat-cepat kitorang slow kan our volume. 

Paling aku tak boleh tahan dorang nak bukak plastik jajan pun punyalah sopan sampai tak nak keluarkan satu bunyi pun. Datang wife aku pulak tung tang bunyi plastik dengan ditambah keluar masuk barang daripada beg tanpa rasa bersalah. Tapi nasib baik sedar diri cepat. Terus minta maaf kat orang sebelah dan belajar menghormati privasi orang lain seperti yang diamalkan di Jepun.

Tido je sepanjang perjalanan. Tak tau apa yang akan jadi esok. Itinerary hari ini terlebih lebih tambah sampai tertinggal last train ke Takayama. Sambung hari keempat.

Perbelanjaan hari ke tiga :
  1. Dari Shimoyoshida Station ke Kawaguchiko Station - 300 yen x 2 = 600
  2. Dari Kawaguchiko Station ke Gekkoji Station - 300 yen x 2 = 600
  3. Dari Gekkoji Station ke Otsuki Station - 960 yen x 2 = 1,920
  4. Bas ke Toyama - 10,100 yen
  5. Fridge magnet - 480 yen
Total = 3,600 + 10,100 (contingency)

=13,700 yen


4 comments:

  1. Cantik sangat la yang gambar Pagoda background Mt.Fuji tu. Dalam banyak2 blog, ni 1st time jumpa yang gambar lain sikit dari yang lain. Boleh masuk dalam itinerary =). Thanks for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih mw.syafina sebab sudi baca blog ni. bila trip awak? btw, kalau pegi situ better pegi awal2 pagi untuk nampak mt.fuji lebih clear. enjoy ur trip nnt ye :)

      Delete
  2. nice article kak.. kak saya aidha fr Indonesia.. saya ingin bertanya, nama bus yang digunakan apa untuk keliling kawaguchi, chureito pagoda until iyashi no sato?? rencana saya hendak ksna .. trimakasih kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami jln kaki dr hostel ke chureito pagoda. kemudian naik train kembali ke kawaguchi station. ambil sightseeing bus di kawaguchiko station untuk keliling kawaguchiko dan lake saiko

      Delete