Total Pageviews

Japan - Day 1


Jumaat - 24.04.2015

Trip Dalam Hati Ada Taman : Showa Kinen Park & Tokyo Tower


As-salam. Akhirnya hajat orang rumah aku nak tengok musim bunga di Jepun tercapai walaupun tak dapat tengok bunga sakura yang kembang mekar. Tapi tetap masih ada saki baki sakura yang dapat dilihat dan dihayati.

Seperti yang semua tahu, kalau nak tengok sakura kena datang pada awal bulan April tapi memandangkan kitaorang pun baru balik trip Korea bulan Januari dan trip ke Bandung bulan Mac jadi cuti tak banyak yang tinggal. Maka terpaksalah pilih akhir April 2015 dengan harapan semoga masih ada lagi saki baki sakura yang boleh dinikmati. Cewah!

Aku beli tiket flight AirAsia X lebih kurang sebulan sebelum pegi. Beli masa 'Matta Fair' bulan Mac hari tu sehari sebelum nak ke Bandung. Cari punya cari aku dapat harga RM 2,034.80 untuk dua orang. 

Ada satu booth aku nampak macam boleh offer lagi murah tapi orang terlampau ramai kat situ. Aku pulak kejar masa so tak boleh nak tunggu lama. Aku beli kat booth lain tapi kira murah jugalah harga yang aku dapat ni kalau beli dalam masa sebulan sebelum pegi.

Dalam tempoh sebulan tu aku dan orang rumah buat research dan itinerary untuk percutian 10 hari 9 malam kami ke Jepun. Agak cuak juga disitu memandangkan waktu tu adalah waktu peak di Jepun. Paling penting kena booking hotel cepat. Mula-mula buat draft itinerary dulu so boleh decide nak stay mana kemudian baru boleh booking hotel. Settle booked hotel baru buat itinerary betul-betul.

Untuk hotel aku booked melalui www.booking.com. Manakala untuk buat itinerary aku banyak refer traveler blog dan www.japan-guide.com

Memandangkan trip ke Jepun kali ni kitaorang akan pegi merata tempat di Jepun maka aku beli JR Pass untuk naik train ke destinasi yang akan dikunjungi nanti.

JR Pass adalah tiket atau pass khas untuk pelancong dari luar yang datang mengunjungi Jepun untuk menaiki pengangkutan awam di Jepun seperti keretapi laju atau dalam bahasa Jepun dipanggil Shinkansen, local train, bas dan feri di bawah operasi Japan Railway sahaja atau lebih mudah yang bertanda perkataan JR sahaja. 

Hanya boleh dibeli di luar Jepun. Tak boleh dibeli di dalam Jepun. Ada terdapat pelbagai pilihan dan harga merangkumi kawasan yang menjadi pilihan seperti yang telah ditetapkan. Untuk maklumat lanjut boleh check di website www.japanrailpass.com

Aku beli yang boleh cover seluruh Jepun. Itu pun ada dua jenis kad. Satu 'ordinary pass' dan satu lagi 'green pass'. Ordinary pass hanya untuk economy class manakala green pass untuk first class dan harga tentulah lagi mahal. Ambil ordinary pass cukup lah. Asalkan dapat bergerak. Aku beli yang cover untuk 7 hari.

JR Pass boleh didapati dengan dua cara. Pertama, boleh beli secara online di www.japanrailpass.com atau pun di JTB Malaysia di Menara Amoda, Bukit Bintang. Boleh check website dorang di www.jbtmalaysia.com

Masa Matta Fair aku dapat harga RM899 untuk satu. Tapi aku tak beli waktu tu. 2 minggu sebelum nak pegi aku beli di JTB dengan harga RM950.50. Harga jadi lebih mahal sebab currency kita dengan Jepun makin jatuh. Rugi jugaklah tak beli awal.

JR Pass

Duit aku tukar 3 kali. Mula-mula aku tukar dalam bulan Mac di Money Changer, Tesco Kepong dengan harga 1,000 yen = RM30.90. Awal bulan April aku tukar di Maybank, Mid Valley dengan harga 1,000 yen = RM31.50. Yang ni aku tukar sebab aku dah tersalah tengok. So abaikan je. Kali ketiga aku tukar di Money Changer, Sunway Pyramid dengan harga 1,000 yen = RM30.95 3 hari sebelum aku pegi. Murah kan. So far dekat Sunway Pyramid ni paling murah yang selalu aku dapat.

Panjang lebar pulak mukadimah aku kali ni. Jom kita kembali kepada catatan perjalanan aku. Flight aku pada 24hb April 2015 pukul 12.45 pagi. Bertolak dari rumah pukul 9.00 malam 23hb April 2015. Parking kereta di Putrajaya Sentral, lepas tu ambil ERL ke KLIA 2 pukul 9.45 malam. Tambang RM6.20 sehala.

Flight berlepas ikut masa. Perjalanan lebih kurang 7 jam lebih. Memandangkan ini adalah penerbangan waktu malam jadi tido je lah sepanjang perjalanan. Pukul 3 pagi, penumpang yang duduk disebelah kanan boleh tengok matahari terbit. Cantik sangat permandangan waktu tu. Maka bermulalah tugas stewardess and steward menjual makanan untuk breakfast. Perjalanan masih jauh.

Sunrise

Alhamdulillah, flight mendarat dengan selamatnya pukul 8.30 pagi waktu Jepun. Waktu Jepun 1 jam lebih awal daripada waktu Malaysia. Selesai immigration terus pegi toilet cuci muka dan gosok gigi. 

Selesai semua urusan terus cari kaunter JR untuk exchange JR pass. Sampai je kaunter panjang pulak barisan. Ramai orang nak tukar JR pass. Aku beratur lebih kurang 20 minit masih panjang lagi. 

JR Service Centre. Ramai gile orang hari ni.

Aku suruh wife aku check di information counter kalau boleh tukar di tempat lain. Bila dorang kata boleh aku terus keluar barisan dan cari kaunter bas airport. Sebenarnya ada je info kat mana boleh tukar JR pass. Tapi kadang-kadang aku ni datang penyakit malas nak membaca. Inilah jadinya. Lagi satu sebab aku memang nak plan tukar kat airport je. Tak sangka pulak ramai.

Tiket Shuttle Bus

Untuk ke Tokyo Station aku ambil Keisei Tokyo Shuttle Bus dari Narita airport dengan harga 1,000 yen seorang. Ini lah yang paling murah jika dibandingkan dengan train. Perjalanan lebih kurang sejam.

Shuttle Bus ke Tokyo

Tiket bus

Tiket beg

Bus berhenti di luar Tokyo Station. Kena melintas untuk ke Tokyo Station. Sampai di Tokyo Station, aku terus cari coin locker untuk simpan baggage. 

Tokyo Station

Nak simpan beg kena pakai duit syiling. Yang aku ada semua duit kertas 10,000 yen. Jenuh jugalah aku cari duit syiling. Kebetulan kat area tempat aku nak simpan beg tu banyak restoran je.

Cari punya cari, last aku beli air kat vending machine. Masih tak cukup syiling lagi. Akhirnya aku tukar dekat kedai kunci depan loker aku. Nasib baik dia nak bagi. Untuk locker besar aku bayar 700 yen.

Coin locker

Lepas simpan beg aku terus cari JR counter untuk exchange JR pass. Jenuh juga cari JR office sebab Tokyo Station ni sangat besar. Lama mencari akhirnya jumpa juga. 

Tukar JR Pass

Muka depan JR Pass selepas exchange

Muka belakang JR Pass selepas exchange

Selesai tukar JR pass terus aku gerak ke destinasi kunjungan aku yang pertama iaitu Showa Kinen Park di Tachikawa, Tokyo. 

Kenapa aku nak pegi ke Showa Kinen Park ni? Sebab aku nak tengok bunga di taman ni. Di taman ni kita boleh tengok pelbagai jenis bunga mengikut musim.

Untuk ke Showa Kinen ni aku kena ambil train ke Nishi-Tachikawa Station. Memandangkan aku dari Tokyo Station dan aku belum lagi mula gunakan JR pass, so segala kos pengangkutan aku bayar guna cash. 

Dari Tokyo Station aku ambil JR Chuo Line. Sepatutnya aku ambil Chuo Line (Rapid Service) lebih cepat dan tak banyak hentian station. Memandangkan ini hari pertama dan aku masih tak berapa faham baca map train tokyo ni lagi jadi aku terambil Chuo Line Sobu Line (Local Train) dengan tambang 640 yen seorang. Slow sikitlah train ni bergerak. Banyak pulak tu station yang train ni berhenti. Sampai di Mikata pulak aku kena tukar train ke Tachikawa (Chuo Line). Di Tachikawa Station aku transfer Ome Line turun di Nishi-Tachikawa Station dengan tambang 140 yen seorang. 

JR Tokyo Train Map

Tokyo Subway Route Map

Ini direction yang betul dan mudah untuk ke Showa Kinen Park. Dari Tokyo Station ambil Chuo Line (Rapid Service) terus ke Tachikawa Station. Sampai Tachikawa Station transfer Ome Line berhenti di Nishi-Tachikawa Station. Senangkan. 

Nishi-Tachikawa Station ni betul-betul depan entrance Showa Kinen Park. Jalan kaki lebih kurang 5 minit dah sampai.

Waktu operasi 9 pagi hingga 5 petang. Entrance fee 410 yen seorang. Map taman ada disediakan. Boleh sewa basikal 410 yen untuk 3 jam. Aku tak sewa sebab diaorang kata tak jauh mana pun kalau jalan kaki.

Beli tiket masuk guna mesin ni. Semua tulisan Jepun.

Memandangkan masa aku sampai dekat pukul 3.00 petang, so aku hanya ada 2 jam saje untuk explore taman ni. Aku terus tanya orang yang jaga pintu masuk port yang paling cantik dan menjadi tumpuan. Aku nak terus tuju kat tempat tu. Tak nak buang masa.

 Direction

Tasik

Aku terus tuju ke destinasi. Jalan-jalan masuk taman. Agak ke dalam sikit. Lepas jalan dah nampak rimbunan bunga cantik berwarna biru. So apa lagi terus ke situ dan bergambar bagai.

Nemophilia

A Field of Nemophilia

Tak boleh lama sangat kat situ. Aku terus jalan ke depan untuk ke kawasan yang lebih menarik. Sampai, SubhanAllah! Cantiknya bunga-bunga tulip yang berwarna-warni. Ada juga yang dah mula nak layu. Sedih sikit. Tapi tetap cantik sebab masih banyak lagi yang sedang kembang mekar dengan segarnya. 

Taman Tulip

Tulip orange

Tulip pink

Tulip purple

Tulip putih dan pink

Tulip kuning

Tulip magenta

 Walking path

Taman Tulip

Tasik dan taman

Red and green

Sambil jalan sambil ambil gambar. Jalan ke depan sikit ikut laluan jalan kaki, tetiba ternampak seperti padang yang luas. Di hadapannya dipenuhi rimbunan luas bunga poppy yang berwarna warni. SubhanAllah, MasyaAllah. Cantiknya. Tak boleh diungkap dengan kata-kata bertapa cantiknya.

Bunga poppy

 Poppy lagi

A Field of Poppy Flowers

Puas bergambar aku gerak ke kawasan lain pulak. Masa tengah gerak tu ada announcement bagitau yang taman dah nak tutup lagi 30 minit. Kitaorang teruskan juga perjalanan. 

Taman

Laluan ke taman bonsai

Aku sempat pegi ke kawasan pokok-pokok sakura yang dah meriah dengan daun hijau. Tapi ada jugalah saki baki, sekuntum dua untuk ambil gambar dan lepaskan gian. Kesian kan.

 Saki baki sakura yang tinggal

White Sakura

Depan sikit ada pokok bunga warna kuning. Itu canola flowers kalau tak silap aku. Cantik walaupun macam semak.  Tapi masih belum cukup meriah warna kuningnya. 

 Rimbunan pokok kuning

 Canola flowers

Setaman

Ada sebatang pokok di tengah-tengah padang.

Aku sebatang pokok

Dorang pulak asyik remind yang park dah nak tutup. Siap ronda check orang lagi. On the way keluar sempat juga snap beberapa gambar. Rasa tenang dan damai je taman ni. Sedih rasanya kena keluar. Masih tak puasa menikmati keindahan taman ni lagi.

 Taman bunga tulip

 Setaman lagi

  Warna warni bunga tulip

 Bangku, tasik, pokok dan tulip.

Ngam ngam pukul 5 petang kitaorang keluar dari park. Terus gerak ke Nishi-Tachikawa Station. Memandangkan hari dah petang, jadi aku tukar plan. 

Kalau ikutkan itinerary lepas Showa Kinen Park pegi ke Odaiba. Wife aku nak ke Odaiba waktu siang sampai lah tunggu sunset kat sana. Di Jepun lebih kurang pukul 5.30 dah start senja. Kalau pukul 5 baru nak bertolak dari Showa Kinen Park, confirm sampai sana dah gelap. So, destinasi seterusnya ialah Tokyo Tower.

Dari Showa Kinen Park aku ambil train di Nishi-Tachikawa Station ambil Ome Line (140 yen) kemudian transfer Chuo Line (Rapid Service) (640 yen) di Tachikawa Station terus ke Tokyo Station. 

Beli tiket train

Dari Tokyo Station aku ambil JR train ke Hamamatsucho Station (160 yen). Keluar dari station dah boleh nampak Tokyo Tower. Jalan ikut pandangan mata ke Tokyo Tower. 

Untuk ke Tokyo Tower sebenarnya subway paling dekat sekali ialah Onarimon Station (Mita Line). Dalam 5 minit je jalan kaki. 

Rekabentuk Tokyo Tower hampir serupa dengan Eiffel Tower di Paris dengan ketinggian 13 meter lebih tinggi daripada Eiffel Tower. Merupakan menara yang menggunakan keluli tertinggi di dunia. Menara ini adalah simbol kelahiran semula Jepun sebagai kuasa ekonomi utama dan berfungsi sebagai pemancar tv dan radio serta menjadi tarikan para pelancong.

Main observatory berada di ketinggian 150 meter. Manakala pada ketinggian 250 meter ada special observatory untuk view Tokyo secara pandangan mata burung. Boleh nampak Mt. Fuji kalau cuaca baik. Di bawah Tokyo Tower ada sebuah wax muzium. Bersebelahan dengan Tokyo Tower pula ada Zojoji Temple. 

Ikut pandangan Tokyo Tower

Teksi

Semakin menghampiri arah tujuan

Memang cantik view. Lebih kurang 10 ke 15 minit juga jalan kaki. Aku tak naik atas pun. Cuma ambil gambar dari luar je.

 View Tokyo Tower dari Zojoji Temple


 Tokyo Tower dengan pandangan serong


 Tokyo Tower dari celah kangkang

Ada kedai jual crepes. Nampak menarik. Aku pun beli nak try makan. Aku order strawberry with whipped cream crepe harga 480 yen. 

Nampak real kan tapi display je

Strawberry with whipped cream crepe. Sedap!

Tak lama sangat lepak situ sebab nak kena check in hotel plak. Sebelum check in kena ambil beg yang simpan kat locker awal tadi. Nak cari locker tu balik pun satu hal. Almaklumlah, Tokyo Station ni besar. Aku pulak 1st time dan 1st day sampai sini. Memang tak berapa nak ingat sangatlah tunjuk arah lokasi.

Jenuh juga mencari. Akhirnya jumpa juga. Masa lalu kat area coin locker tu, wife aku perasan ada mesin untuk tukar syiling. Cis! Sabar je lah. Baru sekarang perasan. Padahal pagi tadi jenuh aku cari nak tukar syiling. Banyak jugalah buang masa kat situ.

Money changer. Sakit hati aku tengok.

Settle ambil beg semua terus gerak ambil train nak ke Hotel. Aku menginap di Flexstay Inn Higashijujo, Tokyo dengan harga 5,500 yen satu malam. Aku booked untuk satu malam saje sebab esok nak gerak ke lokasi lain pulak.

Dari Tokyo Station aku ambil JR Keihin Tohoku Line ke Higashijujo Station. Dari Higashijujo Station ke Hotel jalan kaki tak sampai 5 minit. Memang dekat dengan train station.

Biasalah hotel kat Jepun ni memang agak mahal dan size pulak terlampau kecik tak kena dengan harga. Memang boleh selisih punggung bak kata orang tua. Takpelah, janji dapat rehatkan badan dan tido sekejap. Bukannya nak stay lama pun. Walaupun kecil tapi aku salute sebab bilik air hotel memang superb bersih.

Flexstay Inn

Katil

Toilet. Muat-muat je kan

Makan malam beli nasi kat Family Mart harga 130 yen. Makan dengan sambal ikan bilis yang kitaorang bawak dari KL. Asalkan dapat isi perut dah cukup Alhamdulillah.

Makan malam. Nasi Jepun dengan sambal ikan bilis Malaysia.

Aktiviti hari ni tak dapat ikut itinerary sepenuhnya sebab kecoh sikit pasal exchange JR pass terlampau ramai masa kat airport. Hal nak cari duit syiling untuk locker lagi. Semua tu secara automatic dah drag banyak masa.

Sambung hari kedua.

Perbelanjaan untuk hari pertama :
  1. Airport transfer - 1,000 yen x 2 = 2,000
  2. Locker - 700 yen
  3. Fare to Showa Kinen Park - 780 yen x 2 = 1,560
  4. Entrance fee - 410 yen x 2 = 820
  5. Fare to Tokyo Station - 780 yen x 2 = 1,560
  6. Fare to Tokyo Tower - 160 yen x 2 = 320
  7. Crepe - 480 yen
  8. Fare ke Hotel - 220 yen x 2 = 440
  9. Nasi - 130 yen x 2 =260
Total = 8,140 yen sila jangan convert!


10 comments:

  1. salam awk.
    nak tanya flexstay inn ni ada dapur utk masak x?
    sy dah booked dah tp tgk gmbr mcm nampak dapur kecik.
    tp nak cnfirmation je dr awk sbb awk dh pegi kan :)
    Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsslam..
      cerek air yg kat gmbr tu la dapur utk masak.
      bilik yg kitorg pilih ni mmg kecik.

      Delete
  2. Salam,

    Coin locker yang paling besar tu boleh muat ke trolley luggage? Ke muat untuk jenis backpack je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,

      klu yg paling besar boleh sesangat. boleh sumbat beg lain lg

      Delete
  3. salam..
    terima kasih atas perkongsian pengalaman..
    nk tanya pasal JR Pass
    kalau takat nak jalan2 area tokyo ie: shibuya, ueno, akibara n sekitar2 tokyo kena ada JR Pass jugak ke?
    whatsapp : 01114299022

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam,

      Kalau nak jalan kat bandar Tokyo sahaja tak berbaloi beli JR Pass. Better beli Card Tokyo Subway harga 1,500 yen valid for 3 days. Boleh naik semua line Metro dan Toei Subway Line. Beli di JTB Bukit Bintang pastu exchange kat Tokyo Station.

      For more info boleh check kat website ni http://www.tokyometro.jp/en/ticket/value/travel/

      Delete
  4. Salam,

    Naik airasia turun dekat mana?Osaka?Haneda? atau Narita?

    tq

    ReplyDelete
  5. Wsalam,

    Saya turun di Narita Airport.

    ReplyDelete
  6. Salam,

    nak tanya beli tiket kat bus driver ke dah sesiap beli kat kaunter/online?

    Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam,

      Tiket Keisei Tokyo Shuttle Bus kena beli di kaunter bas tiket dalam Narita Airport tu.

      Delete