Total Pageviews

Japan - Day 2


Sabtu - 25.04.2015

Trip Dalam Hati Ada Taman : Mt. Fuji, Shibazakura & Lake Kawaguchiko 


Hari ke 2. Tepat jam 4.15 pagi alarm handphone berbunyi. Awal giler bangun pagi ni. Almaklumlah, waktu subuh masuk awal seawal 3.30 pagi waktu Jepun. Kalau kat Malaysia waktu ni baru 2.30 pagi, waktu tengah nyenyak tido dibuai mimpi indah.

Lepas bersiap dan breakfast bubur instant dan biskut yang dibawa dari Malaysia, lebih kurang pukul 5.30 pagi kitaorang terus gerak ke destinasi seterusnya. Hari ini kami akan ke Mount Fuji dan bermalam untuk satu malam di sana. 

Mount Fuji atau Fujisan adalah gunung tertinggi di Jepun dengan ketinggian 3,776 meter. Fujisan adalah gunung berapi yang masih aktif yang mempunyai bentuk yang sempurna dan dianggap sebagai gunung suci oleh rakyat Jepun. Sangat popular dikalangan orang seni dan orang biasa. Awan selalu menjadi penghalang view gunung fuji yang jelas. Kira yang bernasib baik saja yang dapat melihat gunung fuji dengan jelas. Waktu paling sesuai untuk melihat gunung fuji dengan jelas ialah pada musim sejuk, pagi dan lewat petang.

Dari Higashijujo Station terus ambil train ke Tokyo Station pukul 5.58 pagi. Tambang harga 200 yen. Dari Tokyo Station aku terus ambil JR Chuo Line untuk ke Takao Station pukul 6.30 pagi. Sampai di Takao Station lebih kurang pukul 7.50 pagi. Lepas tu aku ambil train Chuo Line warna biru untuk ke Otsuki Station. Gerak dari Takao Station pukul 8.00 pagi dan sampai di Otsuki Station pukul 8.45 pagi. 

Train ni semua under JR. Tapi aku belum start gunakan JR pass so kena bayar cash. Memandangkan aku hanya bayar tiket 200 yen tadi dan masa transfer semua train tu under JR so masa di last station aku kena tambah balance harga tiket yang sepatutnya atau lebih mudah faham 'fare adjustment' di kaunter tiket. So aku kena tambah 1,320 yen lagi untuk seorang.

Dari Otsuki Station pulak tukar train Fujikyuko Railway Line untuk ke Kawaguchiko Station. Harga tambang 1,140 yen seorang. Train Line ni bukan under JR. Aku sampai dekat pukul 10.00 pagi di Kawaguchiko Station. 

Otsuki Station. 

Tiket train ke Kawaguchiko Station

Nampak macam banyak sangat tukar train dan lambat sampaikan. Untuk ke Mount Fuji dengan menggunakan public transport kena berhenti di Kawaguchiko Station. Sebenarnya ada dua pilihan untuk ke Kawaguchiko Station. Satu dengan menaiki bas dan satu lagi dengan menaiki train.

Kalau naik bas, boleh ambil bas express dari Tokyo Station terus ke Kawaguchiko Station. Dan satu lagi boleh juga ambil dari Shinjuku Station. Harga sebenarnya jauh lebih murah daripada naik train iaitu 1,750 yen seorang. Untuk budget traveller lebih baik naik bas sebab lebih jimat kos.

Untuk train plak sebenarnya dari Tokyo Station boleh ambil Chuo Line (Rapid Service) terus ke Otsuki Station dan dari Otsuki Station tukar Fujikyuko Railway Line ambil yang express terus ke Kawaguchiko Station. Hanya berhenti di lima hentian sahaja. Lagi senang dan cepat daripada apa yang aku ambil tadi. 


Route ke Kawaguchiko Station. Yang warna kuning tu hanya hentian express. 

Keadaan dalam train

Bila dah sampai baru aku tau semua ni. Sebab aku tak perasan dan masih tak faham baca map train JR tu lagi. Macam mana aku nak faham, map yang dorang bagi black and white sebab yang color dah habis stock. Bahasa Jepun adalah yang color. Aku ambil dua-dua tapi pening jugak nak tengok kadang-kadang.

Kenapa aku tak naik bas je? Sebab konon kalau aku naik train boleh sampai lebih awal tapi rupanya lambat jugak sebab ambil local train. Bas pertama dari Shinjuku Station mula pukul 8.10 pagi dan dijangka sampai pukul 9.55 pagi. Aku target nak sampai sebelum pukul 9 pagi. Akhirnya sampai lebih kurang sama juga dengan bas.

Kawaguchiko Station. Cantikkan.

Tapi takpelah, janji aku dah selamat sampai. Cuma sayang banyak buang masa je lah. Daripada nak sampai awal akhirnya sampai agak terlewat sikit juga.

Sampai je di Kawaguchiko Station aku terus letak beg kat baggage store sebelah kaunter tiket dengan harga 700 yen satu beg. Aku ada dua beg so kena bayar 1,400 yen. Aku memang plan nak simpan dalam coin locker tapi masa sampai yang ini je aku nampak. 

Selesai urusan beg aku terus beli tiket untuk ke Shibazakura Festival. Harga 1,900 yen seorang termasuk entrance fee dan bas ke Shibazakura. Perjalanan lebih kurang 40 minit. 

Tiket Shibazakura. All in board

Entrance tickets

Shibazakura Festival terletak kira-kira 3 kilometer ke selatan Lake Motosuko di kawasan Fuji Five Lakes. 

Bas ke Shibazakura. Dah penuh bukak kerusi tengah pulak

Ia merupakan salah satu tarikan yang paling popular untuk melihat pink moss atau phlox moss dengan pemandangan seperti sawah pink moss yang luas dengan berlatarbelakangkan Mount Fuji.

Phlox moss

Festival ini biasanya bermula daripada pertengahan April hingga awal Jun. Masa terbaik untuk melihat pink moss ialah pada bulan May kerana pada waktu inilah semua bunganya kembang mekar. Ada terdapat warna lain juga yang ditanam selain daripada pink iaitu putih dan ungu.

Moss warna pink, purple, putih dan dark pink

Pink moss

Masa aku datang ni akhir bulan April, maka hanya 40% saja bunga yang mekar. Tetap cantik tapi kurang menarik. Ada bahagian yang agak banyak juga yang dah berkembang dan ada bahagian yang masih belum berkembang.

Banyak lagi bunga yang belum kembang

Bayangkan kalau semua dah kembang. Mesti cantik penuh dengan bunga.

Rezeki berlatar belakangkan Mount Fuji juga tak menyebelahi aku kerana awan telah menutupi Mount Fuji dan cuaca juga agak mendung sedikit seperti nak hujan.

Awan sedang riang tutup Mt. Fuji.

Di sini kelihatan sakura baru nak berputik. Ada juga terdapat beberapa pokok yang meriah dengan bunga sakura. 

  Sakura yang sedang berkembang

Sakura putih yang lebat

Cherry blossom

Kalau datang lewat sikit, mesti sakura akan berkembang mekar bersama-sama mekar pink moss. 

Masih berputik

Selain phlox moss dan sakura ada juga bunga poppy. Takdelah sebanyak macam di Showa Kinen Park. Tapi masih menarik. Kat sini bunga poppy berwarna purple. Lavender pun turut ditanam di sini tapi tak berapa banyak.

Poppy flowers


Lavender

Jalan-jalan sampai ke kawasan gerai makanan. Banyak gerai yang jual pelbagai jenis makanan. Yang paling menarik dan mencuri perhatian ada satu gerai ni jual buah berangan tapi dia masak buah berangan gunakan mesin macam meriam. Aku merayau tengok-tengok je. Tak berapa yakin dengan makanan yang dorang jual so aku tak beli apa-apa pun.

Gerai buah berangan.

Nak beli makanan bayar kat mesin ni dulu.

Adalah dekat sejam dua aku kat sini. Lepas tu kitaorang decided untuk gerak balik ke Kawaguchiko Station. Bayaran tadi dah termasuk dengan tambang bas pegi dan balik. So kitaorang terus je naik bas tadi tu.

Di Kawaguchiko Station ada sediakan sightseeing bus retro untuk menikmati pemandangan Mount Fuji dengan persekitaran alam semula jadi di kawasan sekitar. Beli 2 day pass dengan harga 1,200 yen untuk green dan red line. Dengan 2 day pass ni kita boleh naik bas yang berwarna merah untuk melawat kawasan sekitar Lake Kawaguchiko manakala warna hijau untuk melawat sekitar Lake Saiko selama dua hari.


2 Days Pass

Retro bus Kawaguchiko

Green line

Pada aku harga tu berbaloi untuk mereka yang memang bermalam di situ. Kita boleh pegi ke mana-mana saja stop yang kita nak pegi dengan menaiki bas tersebut sebanyak yang boleh. Hanya tunjukkan saja pass tersebut masa turun. Senang gitu. 

Dorang akan bagi map untuk kita gunakan sebagai rujukan mana stop yang kita nak pegi. Aku refer pada gambar, lepas tu tanya kat kaunter gambar ni stop mana satu untuk aku senang tuju terus ke tempat tu.

Route retro bus. Merah route Lake Kawaguchiko. Hijau route Lake Saiko

Aku gerak lambat sikit sebab hujan turun masa aku sampai di Kawaguchiko Station lepas balik dari Shibazakura tadi. Sambil tunggu hujan reda sikit sempatlah tunai melepaskan hajat dan merayau di kedai cenderahati. Tersangkut jugalah beli fridge magnet kat situ. Ingatkan nak makan kat Cafe, tapi bila baca menu macam ada benda yang tak best tu terus tak jadi.

Masa aku nak tunaikan hajat di toilet ternampaklah coin locker kat kawasan tu. Hampeh betul. Aku dah simpan beg kat tempat mahal barulah nampak. Aku bagitau wife. Pastu aku saje check, nasib baik semua penuh. At least takde lah ralat sangat. Moral of the story, pegi survey dulu.

Arrow ke coin locker

Bila hujan dah agak reda, aku terus tunggu bas kat depan station. Memandangkan aku nak ke kawasan Lake Kawaguchiko, so aku kena ambil bas merah dan tunggu di ruang tunggu bas berwarna merah. Bas sampai terus naik.

Walaupun aku dah tanya stop mana masa kat kaunter tadi, bila naik bas aku masih tak tau mana tempat nak tuju. So aku tengok je stop yang driver bas tu berhenti. Tetiba aku ternampak pokok sakura yang sangat meriah menarik perhatian aku. So aku berhenti terus kat next stop. Jalan kaki sikit.

Nombor bus stop. Bas hanya berhenti di bus stop sahaja.

Akhirnya dapat juga tengok pokok sakura yang berkembang penuh dengan meriahnya. Terlepas juga hajat dihati. Memang cantik sangat sakura berwarna pink dan dark pink. 

Sakura warna merah jambu pekat

Pink sakura

Sakura dan tasik

Sakura

Sakura lagi

Sambil ambil gambar sambil jalan jalan ke depan sikit. Sampai ke stop lain pulak.

Sepanjang jalan dipenuhi pokok sakura yang masih kembang

Pink moss di Lake Kawaguchiko

Cuaca tak berapa cantik hari ni sebab baru lepas hujan. Bayang Mount Fuji pun dah hilang daripada pandangan mata. Telah ditutupi awan sepenuhnya. Memang nasib tak menyebelahi kami kali ini. Redha dengan rezeki yang dah ditentukan.


Mendung dan senja


Ibu dan anak

Jalan-jalan sambil bergambar sampai dekat satu kawasan lalang tinggi berwarna coklat. Walaupun lalang tapi view sangat cantik. 


Lalang dan tasik


Lalang dan tasik lagi


Lalang

Masa sibuk bergambar tu tetiba hujan turun pulak. Setitik, dua titik makin lama bertitik-titik dan terus lebat. 


Sunset

Terus lari ke bus stop berdekatan. Tapi bus stop diorang takde bumbung. Cuma ada signbord bus stop dan nombor. Sementara tunggu bas datang kitaorang pegi berteduh di kedai makan yang berdekatan.

Sambil tunggu bas sambil curi gambar rumah orang

Simple, kemas dan bersih

Bila bas dah sampai terus balik semula ke Kawaguchiko Station. Memandangkan hari pun dah petang, jadi aku decide nak balik dan check in Hotel. Lepas ambil beg dari tempat simpanan tadi terus ambil train berhenti di Gekkogi Station lebih kurang pukul 6.27 petang dengan tambang 300 yen seorang.

Untuk hari ini aku menginap di Mt. Fuji Hostel Micheal dengan harga 7,600 yen satu malam. Jarak dari Gekkogi Station ke Hostel ni lebih kurang 5 minit berjalan kaki.

Bunyi macam hostel. Memang hostel pun. Tapi dorang ada juga sediakan private room. So aku booked yang private room with shared bathroom. Ni je yang paling murah dan selesa yang aku dapat untuk area Mt. Fuji. 

Private room ni style ryokan. Ryokan adalah sejenis penginapan ala tradisional Jepun seperti semasa zaman Edo yang menggunakan tatami atau tikar, tilam seperti comforter atau dalam bahasa kita panggil toto.

Agak luas juga biliknya. Pengalaman pertama tido cara tradisi orang Jepun dulu-dulu. 

Bilik

Toilet

Shower room

Settle semua urusan check in, bersihkan badan semua, lepas tu aku keluar kejap pegi cari Family Mart nak beli nasi.

Bandar dah sunyi sepi. Kedai pun banyak dah tutup walhal malam masih awal. Lepas beli nasi terus balik Hostel. Makan malam nasi dengan sambal ikan bilis dan maggi cup.

Lepas makan kemas sikit barang lepas tu terus tido sebab badan pun dah letih dan esok nak kena bangun awal pagi lagi.

Sebelum tido wife aku ade pesan suruh check jadual train untuk ke destinasi esok. Masa tengah sibuk berFB tu aku terlupa dan akhirnya tertido.  

Kalau ikut itinerary hari ni aku hanya pegi ke Shibazakura je. Tapi wife aku memang plan nak ronda Lake Kawaguchiko. Jadi, itinerary telah bertambah dengan aktiviti lain.

Selamat malam Mt. Fuji. Sambung hari ketiga.

Perbelanjaan hari ke dua :
  1. Train ke Tokyo Station - 200 yen x 2 = 400
  2. Train ke Otsuki Station - 1,320 yen x 2 = 2,640
  3. Train ke Kawaguchiko Station - 1,140 yen x 2 = 2,280
  4. Shibazakura Festival - 1,900 yen x 2 = 3,800
  5. Baggage storage - 1,400 yen
  6. Fridge magnet - 480 yen
  7. 2 day pass - 1,200 yen x 2 =2,400
  8. Train ke Gekkogi Station - 300 yen x 2 = 600
  9. Nasi - 130 yen x 2 = 260
Total = 14,260 yen 


2 comments: