Total Pageviews

South Korea : Jeju - Day 1

Trip Memburu Autumn : Mysterious Road & Yongduam Rock

Sabtu - 29.10.2016


Akhirnya tiba percutian yang dinantikan. Sebenarnya wife aku yang teringin nak pegi Korea pada musim autumn sejak tahun lepas lagi. Dia teringin nak tengok daun yang berwarna-warni katanya. Tapi tak dapat ditunaikan sebab takde cuti. Terpaksa dipendam buat sementara.


Tiket flight ke Seoul aku beli di Matta Fair bulan Mac hari tu. Kali ni pegi naik Malaysia Airlines. Dapat harga RM 1,165.00 return seorang. Memula dulu aku nak rembat tiket masa promotion free seat Airasia sebelum tu. Dapat harga murah. Tak sampai RM 1,000 seorang all in. Tapi entah kenapa aku macam nak tak nak beli. Nanti punya nanti, last-last tiket pun dah mahal. Bising wife aku sebab tak beli masa harga murah tu. Plan nak turun Busan balik Seoul. Memang dapat murah waktu tu.

Disebabkan wife aku nak pegi jugak, aku pun pegi cari tiket masa kat Matta Fair. Time tu ini yang paling murah compare dengan Airasia. So ambil jugak bagi menunaikan hajat wife aku. I follow je.

Ini merupakan kali kedua aku ke Korea, so dah tau sikit selok belok Korea tu macam mana. Persediaan pun ala kadar saje. Wife aku dah bagi list mana nak pegi dengan siap harga semua. Senang aku nak buat itinerary dan budget. Aku survey sikit-sikit je. Trip kali ini lebih tumpukan Jeju Island. 


Flight ke Jeju ada beberapa pilihan sama ada nak naik Jeju Air, Easter Jet, Asiana Airlines atau Korean Air. Korean Air agak mahal. Easter Jet, aku tengok murah malah lebih murah daripada Jeju Air. Tapi banyak review kata selalu delay. So aku pilih Jeju Air sebab harga masih consider mampu beli dan on time sikit. Delay sikit tu ok lagi la.

Kalau beli awal tiket flight ke Jeju boleh dapat harga murah. Untuk dapatkan harga tiket lebih murah, disarankan register as a member di Jeju Air website dulu. Kalau tak daftar dapat normal price.

Masa aku nak booking tiket asyik tak dapat sebab sistem asyik error. Banyak kali try. Rupanya ramai jugak yang mengalami masalah macam aku. Semua tu rupanya disebabkan cache. Akhirnya aku google macam mana nak solve this problem.  

Bila semua dah ok dan banyak bertangguh, akhirnya aku berjaya beli tiket Jeju Air bulan Ogos hari tu dengan harga KRW 109,000 return seorang. Sebenarnya harga dah agak mahal time aku beli. Ada juga yang murah tapi time pulak tak kena dengan yang aku nak. Nak tak nak terpaksa bayar lebih. Sebab aku nak cuba cover seberapa banyak tempat attractions yang boleh. Aku memang tamak bila berjalan. Semua nak cover. Kadang berjaya, kadang tak. Ikut berkesempatan. 

Transportation di Jeju aku sewa kereta dan drive. Bulan Oktober baru aku buat International License. Syarat nak apply International License, lesen kena sah at least setahun. Lesen aku akan tamat tempoh pada bulan 2, 2017. Terpaksa aku renew awal. 

Senang je nak apply International License ni. Boleh apply di mana-mana pejabat JPJ atau pejabat Persatuan Automobil Malaysia (AAM). Bayaran dikenakan RM 150.00 untuk setahun. Dokumen yang diperlukan seperti di bawah ni :

1. Salinan Mykad.
2. Salinan Lesen Memandu Malaysia (CDL).
3. Sekeping gambar berukuran passport.

Aku buat di JPJ Petaling Jaya. Tak ramai orang. Buat pagi sebelum tengahari dah settled. Alhamdulillah, dipermudahkan urusan. 


Settled hal lesen, baru boleh booking kereta. Aku book melalui LOTTE rent-a-car. Sebelum booking, register jadi member untuk dapatkan lebih banyak diskaun. Refer sini untuk sign up member dan booking. Pembayaran menggunakan kredit kad driver sahaja diterima.


As a member boleh dapat diskaun sehingga 70% daripada normal price. Untuk 4 hari harga normal KRW 352,000. Lepas diskaun aku dapat KRW 105,600. Jauh beza kan. Kemudian aku ambil Full Cover Insurance (CDW) maka tambah lagi KRW 35,500. Jadi total keseluruhan aku bayar KRW 141,100. Insurance tu aku ambil in case ada berlaku perkara yang tidak diingini. Baik beringat sebelum terkena.

Selain Lotte Rent-a-Car, ada juga syarikat lain yang menawarkan perkhidmatan sewa kereta seperti SIXT Rent-a-Car, Jeju Rent-a-Car dan beberapa lagi.

Jeju ni besar. Attraction di Jeju terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu Northern Area, Southern Area, Eastern Area dan Western Area. Ada beberapa cara untuk pegi ke tempat attraction sama ada memandu sendiri dengan menyewa kereta, guna tour package, taxi tour atau public transport seperti taxi dan bus. Ikut budget masing-masing. Yang menjadi pilihan aku semestinya sewa kereta. Mudah dan senang. 

Transportation di Seoul pulak banyak guna subway untuk jalan-jalan sekitar Seoul. Jadi guna T-Money. T-money card aku masih simpan lepas 1st trip Januari 2015, cuma top-up di 7-Eleven nanti. Subway map boleh download apps di handphone. Sekarang mudah, segala maklumat hanya di hujung jari. Tapi aku prefer guna hardcopy jugak. Manakala untuk attraction luar Seoul aku ambil bus express.

Hotel aku dah survey dari awal. Tapi selalu bertukar. Last sekali bulan 10 aku confirm ambil Hae Hotel Jeju manakala di Seoul aku ambil Dongdaemun Hwangsin Hostel. 

Aku pilih Hwansin Hostel sebab dekat dengan subway station dan sesuai dengan budget aku. Kali ini aktiviti aku banyak berjalan. Jadi kena cari yang dekat. Bila balik tu dah penat, nak cepat sampai bilik. Tak larat nak jalan jauh-jauh. Lagi pun malas nak spend duit banyak kat hotel. Buat tido saje pun. Keluar pagi balik malam. Janji selesa dan bersih. Terutamanya bilik air.

Duit, aku tukar masa ni RM3.78 dapat KRW1,000. Aku tukar di Money Changer Spetrum di Sunway Piramid. Selalu kat sini yang dapat murah. Menangis tengok duit kita makin jatuh. Laju mendadak duit luar naik. Duit luar makin naik makin tinggilah belanja. Nak buat macam mana, redha saje la. Asalkan Malaysia masih aman. Nak tunggu turun memang tak berjalan la. 

Kali ni aku tukar seminggu awal sebelum pegi. Selalunya betul-betul nak pegi baru aku tukar. Sekali bila tarikh nak dekat pegi harga duit lagi murah. Rasa menyesal pulak tukar awal kali ni. Sabar je la.

Itu antara persediaan yang aku buat sebelum pegi. Kembali semula kepada catatan perjalanan aku. Pukul 8.00 malam wife aku gerak ambil aku kat tempat kerja terus pegi ke Putrajaya Sentral. Park kereta kat situ dan ambil ERL terus ke KLIA. Sampai di KLIA pukul 9.00 lebih. Flight aku pukul 11.30 malam. Alhamdulillah, flight gerak on time. 


Macam biasa, bila flight malam tido saje sepanjang perjalanan. Bila naik MAS memang selesa berbanding Airasia. Lagi 2 jam nak sampai baru stewardess hidangkan breakfast. Diberi pilihan sama ada nasi lemak atau omelette. Kitorang pilih nasi lemak. Sedap juga rasanya. Tengok orang sebelah makan omelette pun nampak sedap.


Pukul 7.10 pagi waktu Korea, selamat mendarat di Incheon Seoul International Airport. Waktu di Korea awal sejam dari waktu Malaysia. Selesai hal immigration dan ambil beg, terus top-up T-money di 7-Eleven. Lepas tu segarkan diri sikit. Cuci muka dan gosok gigi. Setelah segar terus ambil AREX gerak ke Gimpo International Airport Station untuk ambil flight ke Jeju. Perjalanan lebih kurang 30 minit.


Sampai di Gimpo Airport sekitar pukul 9 lebih. Masih awal. Flight ke Jeju pukul 12.40 tengahari. Masih ada banyak masa lagi. Kaunter check in flight kitorang masih belum dibuka lagi. Perut dah lapar, jadi kitorang pegi makan di Lotteria di Tingkat Bawah. Order shrimp burger 1 set pastu tambah ala-carte 1 Total KRW8,800. 

Terletak di Tingkat Bawah kaunter check-in

Alhamdulillah, buat isi perut

Selesai makan tengok kaunter dah bukak, kitorang terus check in. Senang bila dah masuk beg. Masa ada lagi sempat juga aku merayau sekejap di luar Airport sorang. Wife tak ikut sebab sejuk sangat kat luar tu. Kitorang masih pakai baju biasa lagi. Malas nak keluarkan baju sejuk.


Pukul 12.40 petang, flight gerak ke Jeju seperti yang dijadualkan. Sampai di Jeju Island Airport sekitar pukul 2.00 petang. 



Selesai immigration yang simple terus ke kiosk Lotte Rent-a-Car untuk confirm reservation. Kiosk ni betul-betul terletak di tepi pintu Gate 2. Settled, terus gerak keluar ambil free shuttle bus yang disediakan oleh pihak Lotte di Gate 5 untuk pegi ke tempat kereta.

Pada skrin ada tertulis Lotte Rent-a-Car

Lebih kurang 10 minit sampai di tempat kereta Jeju Auto House. Masuk dalam sebab ramai kena ambil no giliran. Kalau tak ramai terus je ke kaunter. Bila sampai no. giliran pegi ke kaunter untuk pengesahan lesen memandu antarabangsa dan sain kontrak sewa kereta. Lepas tu buat pembayaran. Pembayaran hanya menggunakan kredit kad pemandu sahaja yang diterima.

Tempat ambil kereta


Selesai segala urusan di kaunter terus ke tempat kereta. Kitorang pilih kereta Kia masa booking di Malaysia dan pilih GPS. Kereta kecil sesuailah untuk kami berdua. Konon nak check kereta, mana lah tau ada calar balar ke kemik ke. Tapi memandangkan kitorang ambil full cover insurance jadi dorang kata tak payah check kereta. Kalau apa-apa jadi semua dah cover. Tak perlu risau ada calar ke ape ke. Kereta yang kitorang dapat pun takde lah cantik sangat, banyak jugak calar balar.

Ni la kereta kitorang...

Tipu...ni sebenarnya kereta kitorang. Kia Morning

Kemudian dorang tunjuk mana signal, lampu semua. Lepas tu ajar macam mana nak gunakan GPS. GPS yang kitorang dapat GPS tulisan Korea tapi masih boleh set arahan dalam bahasa English. So kira ok lagi. Jadi untuk set GPS gunakan no telefon saja. Itu yang mudah. Tapi ada juga masalahnya. Masalah sikit je. Yang tu nanti aku cerita dalam coretan yang sepatutnya.


Selesai sesi belajar menggunakan GPS, ayuh mulakan perjalanan dengan memandu sebelah kiri. First time buat aku. Kekok gile. Terasa sangat janggal. Dengan sistem jalan rayanya lagi. Adus, memula tu susah juga. Wife aku bising duduk sebelah. Buat aku terkejut juga dan jadi kurang confident. Last-last dia tak nak tengok. Tenang sikit aku memandu.

Memandangkan hari dah petang, tak banyak tempat boleh cover hari ni. Pegi tempat yang dekat dengan hotel dan bandar saje. Lokasi pertama hari ni ke Mysterious Road. Set GPS no. 7282753

Dah set GPS no pun boleh sesat. Sebab terlepas simpang. Yela, ingat nak masuk kiri kat traffic light boleh buat macam kat Malaysia ke. Jalan terus hijau, kiri merah lagi. Dah tak dapat masuk lorong, nak tak nak terpaksa terus. Lepas tu ingat senang senang nak u-turn ke. Sistem u-turn dorang pun lain dari kita. Main sembarangan nanti kena saman pulak. Dengan kamera yang melambak di mana-mana saje ada. 

Mana tak daripada jarak lokasi dekat jadi jauh. Takpe yang penting sampai. Baru lagi, masih tak faham dengan sistem jalan dorang lagi. Bagi masa untuk diri sendiri. 

Masa on the way tu, terserempak jugak dengan 2 eksiden di lokasi berlainan. Kemalangan kecil je. Ni mesti kes orang luar yang tak biasa dengan sistem jalan raya kat korea ni.

Setelah berpusing-pusing, akhirnya kitorang berjaya juga sampai ke destinasi dengan selamatnya. Tujuan kitorang ke Mysterious Road atau lebih dikenali dengan Dokkaebi Road dikalangan warga tempatan ialah untuk merasai sendiri bagaimana kereta boleh bergerak sendiri di jalan yang agak menaik sedikit dengan gear neutral. 

Kita mula di tanda 'start' dahulu. Pasangkan double signal, neutralkan gear kereta, lepaskan kaki daripada pedal minyak dan biarkan kereta bergerak ke depan sendiri. Kereta akan gerak sendiri. Akan nampak dengan jelas permukaan jalan yang sedikit berbukit tapi kereta tetap gerak ke depan. Menarikkan. Ini disebabkan oleh tarikan graviti di sepanjang 100 meter di jalan ini.



Menurut sumber yang boleh dipercayai, fenomena ini ditemui oleh seorang pakcik driver teksi yang membawa pasangan pengantin baru ketika membuat tour pada tahun 1980.


Aku buat memang menjadi. Berjaya percubaan pertama kitorang try lagi beberapa kali. Lepas puas hati, parking kereta sekejap untuk bergambar dan ambil video kereta lain pulak. Selain memandu kereta kita boleh cuba juga dengan menyiram air di atas jalan tersebut. Lepas tu tengok ke mana air tu mengalir. Aku tak cuba eksperimen ni. Cuma tengok yang lain buat dari jauh.


Selesai sesi eksperimen tadi, hari pun dah semakin petang, kitorang terus gerak ke destinasi kedua pulak. Destinasi seterusnya ke Yongduam Rock (Dragon Head Rock). GPS no. 7283918. Selamat sampai dengan jayanya. Parking kereta ditempat yang disediakan. Keluar je dari kereta mak ai sejuknya. Terus keluarkan sweater. Sebab sejuk sangat kat sini patah balik ambil glove pulak untuk cover tangan.

Cuaca agak kelam waktu ni. Laut pun nampak kelabu. Angin kuat bertiup. Begitu juga ombak kuat menghempas ke batuan.



Yongduam Rock terletak di utara Bandar Jeju. Yongduam terjadi disebabkan oleh angin kencang dan ombak kuat sejak beribu-ribu tahun. Tapi terdapat banyak cerita lain bagaimana bentuk batu ni terjadi. Menurut satu lagenda mengatakan bahawa naga mencuri jed berharga dari Mount Hallasan telah ditembak jatuh oleh dewa gunung dengan anak panah. Apabila naga itu tumbang pada Yongduam, badannya tenggelam ke dalam laut manakala kepalanya membeku melihat langit.

Ada rupa kepala naga tak

Yang tu bahagian belakang dan ekornya

Di sini juga, kita boleh tengok Haeneo atau penyelam wanita yang bekerja menangkap hasil laut. Aku ingat nak try makan abalone kat sini tapi tak dapat sebab habis. Kebetulan aku sampai tinggal satu je. Itu pun baru je orang order. Melepas. Yang tinggal sotong je. Aku tak teringin nak rasa sotong mentah. 


Besarnya sotong kat sana

Jalan sekitar kawasan. Ingatkan dapat tengok sunset kat sini tapi tak dapat sebab sunset kat tempat lain. Cuma dapat sikit cahayanya saje.



Naik atas, nampak gerai jual sotong bakar. Nampak macam sedap. Kitorang try beli satu. Harga KRW7,000. Memang sedap. Kadang-kadang rasa KWR7,000 macam RM7. Tapi bila convert mak ai, mahal rupanya.


Lepak kejap makan sotong tadi sambil tengok view sekali lagi. Hari dah semakin gelap, kitorang decided gerak ke hotel untuk check in. Set GPS no. 7425356 untuk ke Hae Hotel Jeju. Jarak dari Yongduam Rock ke hotel hanya 10 minit saje.

Bila malam dorang shot lampu pada dragon head

Sebelum sampai di hotel singgah sekejap di 7-Eleven untuk beli nasi, seaweed dan banana milk untuk makan malam. Harga KRW 3,600. 

Sampai di hotel terus ke kaunter untuk check in. Sampai di kaunter je yang jaga front desk terus bagi kunci bilik kat kitorang. Confident gile dorang. Tak nak ambil payment dulu pun. Senang gile. Kitorang yang confius jadinya. Dah orang bagi ambil je la kan.

Hae Hotel Jeju

Kitorang akan stay di Hae Hotel Jeju untuk 5 hari 4 malam dengan harga KRW 236,000. Sebenarnya kalau nak jimat minyak dan masa lebih baik tukar-tukar hotel tapi kitorang malas asyik nak kemas beg hari-hari. Jadi decided duduk je satu hotel. Spend lebih sikit untuk minyak dan kena keluar awal untuk pegi ke tempat yang jauh. Bertabah la.

Dah dapat kunci terus masuk bilik. Settle apa yang patut. Bersihkan diri. Lepas tu makan malam. Lepak kejap pastu tido. Sambung hari kedua di Jeju.





Perbelanjaan hari pertama :

1. Top-up T-money - KRW 20,000 x 2 = KRW 40,000
2. Lotteria - KRW 8,800
3. Sewa kereta - KRW 141,000
4. Sotong bakar - KRW 7,000
5. Makan malam - KRW 3,600
6. Hotel - KRW 236,000

Total perbelanjaan hari pertama = KRW 59,400 (tidak termasuk sewa kereta dan hotel)


22 comments:

  1. Salam nak tanya.. debit kad bileh guna x utk sewa keta?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam...debit kad tak boleh guna hanya kredit kad sahaja. Sila refer pada link ini

      https://www.lotterentacar.net/eng/short/short_rent_info.do

      Delete
  2. Tq... boleh tak email kt sy full itinerary jeju? Fiedpru@gmail.com

    ReplyDelete
  3. sALAM NAK TANYA... jejuair ni.. luggage inclusive atau kena beli extra?... ada review pasal asiana tak>

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam...luggage kena beli extra. Sebaiknya daftar sebagai member Jeju Air utk dapat diskaun. Maaf tak ada review pasal Asiana.

      Delete
  4. salam...bolih htr internery kat sy tak. sy nk g raya china thn dpn dah beli tiket tgh servey skrg ni.....email sy kiftina2409@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. Bminat jgk nk tau internery email sy pontour.emily@gmail.com

    ReplyDelete
  6. assalam, bole email full itinerary dekat sy, email; nurazlin.mohamad@yahoo.com

    ReplyDelete
  7. Salam, bole share full itinerary dekat sy jugak tak, email; fatinah.mangsor90@gmail.com

    ReplyDelete
  8. Slm,boleh sent full iti; nursyuhada.anuar@gmail.com.. TQ

    ReplyDelete
  9. Salam bole tau makanan dlm jeju air halal? Brp kilo lugage?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Saya rasa tak halal. Luggage tu dah tak ingat...maybe 20 atau 25 kg.

      Delete
  10. Boleh minta tolong emel itenari ke 2003shima@gmail.com. Saya nak ke. Jeju April 2019

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf itinerary dah takde. Apa2 boleh refer blog saya ini. Terima kasih.

      Delete
  11. as salam...boleh leh share itenari ke mazdaud84@gmail.com
    1 lg nk tny...jalan kat sana mcm mana yer?kalau sewa kereta kia morning tue selesa tak atau kena sewa kereta besar skit mcm Kia K3..sy nk pergi 4 org..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Maaf itinerary dah takde. Apa2 boleh refer blog saya ini. Terima kasih. Kia Morning tu kecil mungkin tak bape selesa untuk 4 org.

      Delete
  12. salam. nak tanya boleh x emeil full itenary dekat saya sabrinaabdhalim@gmail.com thank u

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Maaf itinerary dah takde. Apa2 boleh refer blog saya ini. Terima kasih.

      Delete