Total Pageviews

South Korea : Seoul - Day 9

Trip Memburu Autumn - Seoul : Incheon International Airport & Kuala Lumpur International Airport


Ahad - 06.11.2016


Hari ke sembilan, hari keberangkatan pulang ke tanah air tercinta. Sepatutnya sebelum pukul 7 pagi kena keluar dari hostel. Flight hari ni pukul 11.00 pagi. At-least kena sampai di airport pukul 9.00 pagi. Tapi kitorang lewat sebab breakfast dulu di hostel. Selalunya breakfast dibuka pukul 8.00 pagi tapi kali ni pihak hostel bukak awal semata-mata untuk kitorang. Bestkan. So ape lagi, kita makanlah dulu.

Lebih kurang 7.30 baru kitorang keluar. Dari Dongdaemun History & Culture Park Station, kitorang ambil Line 4 terus ke Seoul Station. Kemudian ambil AREX terus ke Incheon International Airport. Perjalanan hampir 1 jam. Kitorang sampai hampir 1 jam flight nak berlepas. Angkara breakfast di hostel. 

Sampai airport kena top-up T-Money KRW 8,000 untuk tambang AREX. Lepas tu terus check-in dan check immigration. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik. Betul-betul lagi 30 minit nak boarding kitorang sampai kat Gate. Aku pulak tengah sakit perut memang nak membuang sangat. Sampai gate terus membuang. Betul-betul lagi 5 minit pintu gate nak tutup baru aku settle. Wife aku tensenlah tunggu aku. Dia nak masuk dulu passport aku dengan boarding pass ada kat dia. Terpaksa tunggu jugak. 

Pukul 11.00 pagi flight berlepas pulang ke Malaysia. Sepanjang perjalanan pulang enjoy dengan hiburan dalam flight. Dapatlah tengok citer X-men terbaru lepas tu layan lagu. Tido kejap je rasanya. Makan tak usah cakaplah. Asyik makan dan minum saje dalam flight. Dengan sneak, lunch dan sandwich. Kenyang dibuatnya. Cuaca sepanjang perjalanan kira ok juga. Cuma sekali sekala tu saje bergegar.





Alhamdulillah selamat sampai di Malaysia pukul 5.45 petang. Lepas ambil beg terus ambil ERL ke Putrajaya. Dari Putrajaya Sentral bayar parking RM 63.00 untuk 9 hari 9 malam lepas tu terus gerak balik ke rumah. Makan malam tapau sup ekor, kailan ikan masin, paprik, telur dadar dan nasi putih. Inilah makanan wajib aku bila balik daripada bercuti luar negara. Rindu wei.

Sepanjang percutian aku selama 9 hari 8 malam di Korea memang menyeronokkan. Dapat melihat dan mengalami sendiri musim luruh satu pengalaman yang sangat menarik. Secara jujurnya, musim luruh adalah musim yang paling cantik. 

Agak sedih juga sebab ada beberapa tempat yang aku tak dapat pergi. Mungkin ini saje rezeki yang sudah ditentukan. Aku tetap bersyukur. Adakah mungkin aku akan kembali semula ke bumi Korea. Jawapan aku mungkin tidak tapi wife aku, ya. Dia nak pergi ke Busan dan Jeju Island pada musim bunga. Dan akan kembali ke Seoul pada musim luruh untuk pegi ke tempat yang masih tak dapat pergi sebelum ni seperti Daedunsan. Tapi itu mungkin setelah bertahun. Kita pergi negara lain dulu.

Perbelanjaan :

1. Hari pertama - KRW 59,400
2. Hari ke dua - KRW 42,450
3. Hari ke tiga - KRW 62,300
4. Hari ke empat - KRW 81,150
5. Hari ke lima - KRW 70,800
6. Hari ke enam - KRW 188,000
7. Hari ke tujuh - KRW 114,800
8. Hari ke lapan - KRW 56,800
9. Hari ke sembilan - KRW 8,000

Perbelanjaan keseluruhan :

1. Belanja harian - KRW 683,700 
2. Sewa kereta di Jeju - KRW 141,000
3. Hotel Jeju - KRW 236,000 
4. Hostel Seoul - KRW 216,000 
5. Flight ke Seoul - RM 2,330
6. Flight ke Jeju - RM 843.22

Grand total ~ RM7,999.15 (KRW 1,000 = RM 3.78) untuk 2 orang


No comments:

Post a Comment