Total Pageviews

Sekinchan

Day Trip - Sawah Padi, Padi Box & Pantai Redang


Ahad - 22.10.2017


Sebenarnya dah lama wife aku teringin tengok sawah padi di Sekinchan. Tapi apa kan daya, jarak dan masa tak mengizinkan. Bila ada masa, bukan waktu yang sesuai untuk pergi. Main pergi tapi takde padi, baik tak usah pergi. Tengok bendang kosong. Selepas check waktu terbaik melihat padi menghijau ialah pada bulan Oktober, akhirnya aku berjaya menunaikan hajat wife aku. 

Pukul 10.00 pagi kami gerak dari rumah menuju Sekinchan melalui LDP masuk ke NKVE, kemudian masuk ke GUTHRIE dan akhir sekali ke LATAR. Bapak banyak tol. Pergi balik lebih RM20 bayar tol saje. Perjalanan mengambil masa 1 jam lebih.


Destinasi pertama kami adalah misi mengisi perut terlebih dahulu iaitu di Faridah Mentarang Bakar. Kami sampai sebelum pukul 12 tengahari. Orang masih tak ramai. Lama mengidam nak makan mentarang ni. Dulu pernah makan sekali tapi di Kedai Aji Mentarang. Sampai sekarang teringat-ingat. Seberang jalan saje dengan Faridah Mentarang ni.


Kami order mentarang bakar, mentarang rebus, mentarang goreng tepung, sayur kangkung goreng, nasi putih dan air suam je. 






Alhamdulillah kenyang. Tapi wife aku tak berapa puas makan. Mungkin sebab tak kena dengan seleranya berbanding makan sebelum ni di Kedai Aji Mentarang.

Harga makan semua ni RM64. Terkejut juga masa aku bayar. Masa order tak tengok harga langsung. Sedap main order je. Sekali bayar mak ai, mahal gile. Pada aku mahal. Mana tidaknye, portion sikit je. Ayat sedapkan hati, harga mahal mungkin sebab bukan musim kot.


Selesai makan, kami terus pergi ke kawasan sawah padi yang tak berapa jauh dari kedai makan tadi. Kena u-turn terlebih dulu. Mula-mula cuma nak tengok-tengok saje dulu. Nak berhenti ambil gambar tengahari buta memang tidaklah sebab takut rentung. Panas wei. Lagi-lagi sekarang ni tengah musim panas. Seminggu dah tak hujan.



Masa jalan-jalan ternampak ada pokok cantik. So berhenti sekejap. Cari tempat redup sikit. Konon nak ambil gambar kejap saje. Wife aku siap bawak payung lagi. Konon nak kurangkan sikit sunburn. Jaga kulit takut gelap untuk trip akan datang yang tak lama lagi.




Daripada sekejap akhirnya jadi lama. Daripada pegang payung terus payung hilang entah ke mana. Terus lupa diri. Tak hirau dah panas membahang. Tapi angin agak kuat juga waktu ni.




Walaupun cuaca panas membahang tapi tak begitu terasa kepanasannya sebab sejuk angin bayu yang bertiup dapat menghilangkan rasa panas tu. Tapi kulit tetap terbakar dengan sinar mentari yang terik. Dasar malas sapu sun block. Terimalah akibatnya.




Pemandangan hijau. Dengan langit biru dan berawan sedikit. Menambahkan keindahan suasana sekitar. 



Tanpa sedar, lebih kurang 2 jam juga kami melayan suasana dan bergambar dengan pelbagai aksi dan gaya di sini. Rentung dibuatnya. 




Bila sedar sudah agak lama kami di sini, solat zohor masih belum ditunaikan lagi, jadi kami terus bergegas mencari masjid terdekat untuk menunaikan yang wajib. Selesai solat, terus keluar dari sini. Cadang nak pergi ke Galeri Padi. Saje nak jenguk apa yang boleh di tengok. 


Tapi masa on the way keluar tu kami singgah sekejap di Padi Box. Memula ingat nak singgah tengok saje, sekali terus singgah ke cafe di Padi Box. 



Singgah, terus gatal rasa nak lepak makan sambil berviewkan sawah padi menghijau. Dalam ni berair-con. Dapat juga sejukkan badan setelah berpanasan tadi.



Kami order spaghetti aglio olio chicken, manggo cheese cake dan air barbican perisa raspberry. Harga makan semua ni RM34. Memang best suasana di sini. Makan sambil layan view sekeliling. 




Lepas makan, tengok jam, rasa gallery mungkin dah tutup. Jadi kami terus ke Pantai Redang untuk tengok sunset di sini. Jarak tak jauh sangat dari sawah padi tadi. On the way ke Pantai Redang akan melalui jeti nelayan. 


Meriah jeti nelayan di sini dengan kapal-kapal nelayan yang berwarna-warni. Menarik pulak melihatnya.



Sampai di Pantai Redang, aku perasan ada banyak bas pelancong di sini. Tak sangka juga pantai ni menjadi tarikan pelancong luar juga. Pantai ni terletak di perkampungan masyarakat cina. Jadi pengunjung yang paling ramai akan kita nampak adalah orang cina. 




Pada aku, biasa saje pantainya. Gerai-gerai makan pun banyak di sini. Gerai menjual cenderahati pun ada. 



Aku terus jalan menuju ke pantai. Memerhatikan gelagat orang ramai. Melihat ibu bapa melayan anak bermain layang-layang. Yang sibuk bergambar pun ramai juga sambil menunggu matahari terbenam. 




Pantai ni tak sesuai untuk mandi manda dan agak berteluk. Ombak agak kuat. Air pun warna keruh dan tak berapa bersih. Almaklum, laut Selat Melaka.



Pantai Redang agak popular dengan kecantikan matahari terbenam. Kebetulan cuaca cerah hari ni. Jadi matahari terbenam pun cantik petang itu.





Bila matahari sudah menghilangkan diri, kami pun berangkat pulang. Menunaikan yang wajib terlebih dulu sebelum menyambung perjalanan pulang. Kemudian singgah di kedai tomyam untuk dinner. Selamat sampai di rumah dalam pukul 11 malam. Selamat beradu. Esok kembali bekerja.